Ulasan Terkini Dari MSO Selepas Mesyuarat PAS Pusat

Seminar Ganti EGM

[kemaskini] Jam: 1:15 am Mesyuarat khas Pas baru saja selesai kira-kira 15 minit tadi. Permintaan agar diadakan EGM seperti mana dicadangkan Nik Aziz tidak menjadi isu utama dalam mesyuarat yang berlangsung kira-kira 4 jam setengah itu. Sebaliknya apa yang menjadi tumpuan ialah kepada Dr Hasan Ali.

Ada cadangan meminta Hasan Ali dipecat daripada menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor dan juga Exco Selangor. Alasannya kerana terlibat untuk mengadakan pakatan dengan Umno. Bagaimana pun Abdul Hadi dikatakan telah mempertahankan Hasan dengan meminta agar tuduhan itu disiasat.

Alasan Abdul Hadi kalau ada tuduhan penyiasatan perlu dilakukan. Sehubungan itu Jawatankuasa Disiplin Pas yang diketuai Tuan Ibrahim Tuan Man akan menjalankan siasatn ke atas Hasan.

Dalam pada itu mesyuarat itu juga bersetuju agar Pas mengadakan Seminar Politik. Tujuan seminar ini ialah untuk mendidik ahli Pas dan secara tidak langsung mengeratkan perhubungan sesama pemimpin. Seminar itu dijangka akan diadakan pada 7 Disember depan sebagai ganti EGM.

Prof Abdul Aziz Bari dicadangkan dipanggil untuk memberi pandangannya dalam seminar berkenaan. (Ulasan selanjutnya akan menyusul esok, InsyaAllah)


http://msomelayu.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.