Ini Nama Kolej Yang Disyaki Tawar Ijazah Palsu. Gambar Konvo Dan Ijazah Disertakan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjg6Fc8c0JsOb6VxFw3t_hn8OGMXGT8NDavwGBlBo3J137yrw5elERsPYpJGiuDwdplT1oCBnAVV83yBwxnKqHwUSB4NXCC5CTrP_rG3aXzCXizUA83POD-4kNu3ePmul29kEFsxGPCFHA0/s1600/0.JPG

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjEJ4i9GIL41NPH1CcQJIg7-6297TxFI7rIcewoWBka7ij0oALypiZfJtFySs_pBRIDeM1aOi0a1AEbNiW98-6WnpMPP5I_t5jNTvI-_mJqgfyihyphenhyphenFwnBCZ1JpCdjhC6Xo39QPYhOGMJctW/s1600/00.JPG

https://docs.google.com/viewer?pid=bl&srcid=ADGEESj7z1N5_80gj94U5Hoi2P-pwsHGuAS9kGEdcLA57HdzNXVUDmpw7R_LEFuuTZuXaW_NQ41kdemDiAWaDficdCpyoeQbvy1KnwKPLIdFs1ykgQhH8xdgGEN-wGWan1qmGiwuA0q1&q=cache%3A0M0LZcafiT8J%3Awww.jakriedu.com%2Fimages%2F2009-Graduation-Form.pdf%20&docid=435c12a2ff68aaef477cc8fab7143b6c&a=bi&pagenumber=1&w=800https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgRsNrvenhGiR7DNFiY83q3hAzLn8tEQj8EJwObMr1CiB7SbWFq87Hi6gAyfAttIgl7Itj-UjoWRoN-uWQOJAOSC3WN3wTe4f5vntxSt87a74eitMOPrFzjrblJQZvUbYnHLCu3f0Nem0lD/s1600/0000.jpg

SHAH ALAM 26 Julai - Polis akan mengambil keterangan seorang individu bergelar Tan Sri dan beberapa ahli politik bagi membantu siasatan kegiatan penjualan ijazah palsu universiti luar negara yang didalangi sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), Jakri Education Group di Subang Jaya dekat sini.

Polis telah menahan dua suspek termasuk dalang kegiatan itu yang merupakan pengarah di IPTS terbabit dalam dua serbuan di Subang Jaya dan Cheras semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, pihaknya telah mengenal pasti identiti ahli politik dan orang kenamaan yang turut membeli ijazah palsu tersebut bagaimanapun tidak akan mendedahkan identiti individu berkenaan.



Menurut beliau semua pembeli sedar mereka membeli ijazah palsu kerana kumpulan pendidikan tersebut tidak menyediakan kelas, tugasan atau peperiksaan, pembeli hanya perlu membayar untuk mendapatkan diploma.

"Apabila cukup tempoh, mereka akan mengadakan majlis konvokesyen sama seperti yang sebenar, mereka akan memilih hotel-hotel mewah di sekitar Lembah Klang, dan menjemput beberapa orang asing untuk menganugerahkan ijazah ini kepada para graduan"

Datuk Tun Hisan juga berkata bahawa kumpulan ini akan mengadakan beberapa kali majlis konvokesyen dalam tempoh setahun, ahli keluarga pembeli juga akan dijemput untuk menghadiri majlis tersebut.

"Harga mendapatkan sekeping diploma tidak termasuk untuk kos ketika majlis tersebut, `graduan' perlu membayar lebih dari RM1000 untuk menghadiri majlis pengijazahan "

Tarikh tamat pengajian juga telah ditetapkan oleh kumpulan pendidikan tersebut, oleh itu selepas anda membayar diploma, anda hanya perlu menunggu ia disiapkan dari rumah atau di tempat kerja.

Jika majlis konvokesyen pada bulan Julai, pembayaran perlu dibuat pada bulan Mac, ada sesetengah orang membayar pada bulan Mei, tetapi mereka juga perlu menunggu sehingga tiba tarikh yang sama `tamat pengajian'.

Sesetengah orang menggunakan ijazah palsu ini untuk mendapatkan pekerjaan, oleh itu beliau menyarankan agar penyelia tempat kerja dapat memberi perhatian, dan para ibu bapa juga perlu untuk memeriksa ijazah anak-anak mereka, sama ada ia juga dari kumpulan pendidikan berkenaan.

No comments

Powered by Blogger.