Reaksi Terkini DS Anwar Dalam Twitter Selepas Diumumkan Menang Saman Ke Atas UTUSAN




Anwar menang saman terhadap Utusan

KUALA LUMPUR 21 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman fitnah terhadap Utusan Malaysia.

Keputusan penghakiman itu diumumkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk VT Singham di sini pagi ini.

Utusan didapati bersalah memfitnah Anwar kerana menuduh beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

Hakim Singham juga berkata, ia tidak mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab, dan mengatakan defendan mempunyai peluang untuk membetulkan fakta selepas Anwar menghantar notis peguam untuk keterangan.

“Artikel tersebut adalah terpesong, tidak tepat dan di luar maksud yang diperkatakan,” katanya.

“Mahkamah berpuas hati (dalam artikel tersebut) bahawa ini adalah fitnah kepada plaintif,” kata Hakim Singham.



Anwar Berjaya Dalam Saman Fitnah Utusan

Oleh QISHIN TARIQ

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini berpihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam saman fitnah RM50 juta yang difailkan ketua pembangkang itu terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan Ketua Editornya kerana menyiarkan dua artikel berhubung komen beliau mengenai undang-undang homoseksualiti kepada BBC.

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk V T Singham memutuskan bahawa perkataan yang digunakan dalam artikel tersebut bersifat fitnah dan boleh menjejaskan reputasi dan kedudukan politik Anwar dengan mengatakan beliau tidak sesuai memimpin kerajaan Persekutuan.

No comments

Powered by Blogger.