TG Nik Aziz Melawat Karpal Singh Di Pulau Pinang

http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/36507_591734500853331_81780431_n.jpg

POLITIK

Nik Aziz sambut ulangtahun kelahiran di rumah Karpal
Jan 27 2013

Dalam satu perkembangan mengejutkan, mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengunjungi pengerusi DAP Karpal Singh di Pulau Pinang.

Nik Aziz tiba di kediaman Karpal pada kira-kira jam 3 petang dan meluangkan masa selama 20 minit di kawasan yang meriah dengan sambutan Thaipusam, di Jalan Scotland.

Dalam kunjungan itu, Nik Aziz turut memotong kek sebagai tanda ulangtahun kelahirannya ke-82, sambil disaksikan pemimpin DAP, PAS dan PKR.

Karpal yang gembira dengan kehadiran Nik Aziz itu berkata beliau terkejut kerana pemimpin PAS itu tiba 30 minit lebih awal.

"Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku.

"Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," katanya.-mkini

http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.malaysiakini.com/mk-cdn.mkini.net/573/470x275xa9550fb45ab8a4a56a3425bda013f06c.jpg.pagespeed.ic.reTvc56URr.jpg

Puak macai akan cakap TG Nik Aziz ikut kiblat Karpal pula la lepas Anwar. Hahahahahaha

1 comment

azman kamarul said...

Selepas ini puak macai akan kata SAH PAS JADI TUNGGANGAN DAP....

Powered by Blogger.