calon umno dan pas untuk prk sungai limau didedahkan.

PRK Sg Limau: Azam Samad lwn Suhaimi Lazim

Abdul Rahim Sabri
3:02PM Okt 21 2013
 
Ketua Pemuda PAS Jerai Azam Samad dan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Ahmad Suhaimi Lazim daripada BN disebut-sebut dicalonkan mewakili parti masing-masing pada pilihan raya kecil DUN Sungai Limau 4 November depan.

Sumber-sumber PAS dan BN memaklumkan perkara itu kepada Malaysiakini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijadual mengumumkan calon mereka di Markas Penerangan Sungai Limau - bersebelahan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Limau - pada jam 9 malam ini.

Manakala Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula dijangka mengumumkan calon BN di Bilik Gerakan Pusat berdekatan Bernas di Sungai Lentang, dalam kawasan itu jam 5 petang ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Oktober ini sebagai hari penamaan calon, manakala 4 November depan sebagai hari mengundi.

Kerusi DUN Sungai Limau kosong ekoran kematian bekas menteri besar Kedah Tan Sri Azizan Razak kerana komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis pada 26 September lalu.

Pada pilihan raya umum ke-13 Mei lalu, Azizan mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau yang dimenanginya sejak 1995 untuk PAS, dengan menewaskan sepupu beliau Fazillah Mohd Ali yang mewakili BN dengan majoriti 2,774 undi.

No comments

Powered by Blogger.