David Teo Akui Sangat Sayang Wawa Zainal

http://viomedia.altmedia.my/files.php?file=GUA_wawa_897579400_985617244.jpg

Ridhatul Rizki Sayuti


“Saya sangat sayangkan Wawa Zainal dan dia mempunyai kerjaya yang sangat cerah. Namun apa pun keputusan yang dia ambil, saya hormat dan saya akan sokong dia. Saya juga mengalu-alukan kepulangan dia dan tiada sebarang tindakan yang akan diambil ke atas Wawa,” begitulah luah Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo mengenai isu pernikahan dua pelakon yang mula menempa nama, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel.

David akui terkejut dengan pendedahan akhbar sisipan Berita Harian, BiPop bertajuk Sah Nikah! mengenai Aeril dan Wawa yang sebenarnya sudah diijabkabulkan pada 4 Februari. Dia percaya laporan akhbar terbabit berasas.

“Saya tak pasti apa yang dilaporkan oleh BiPop adalah benar atau tidak. Tapi bagi saya, tiada media yang berani fitnah artis menggunakan perkataan sah dan tiada fakta. Laporan tersebut turut disertakan dengan bukti daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan sebagainya. Benar atau tidak, saya menghormati laporan itu,” kata David ketika ditemui di majlis pra tonton filem Longkai pada Isnin.

Tambah David, sekiranya apa yang dilaporkan oleh BiPop mengenai pasangan tersebut turut dikurniakan anak seberat 3.12kg yang dilahirkan pada 24 Ogos dan diberikan nama Ahmad Fakharuddin Attar adalah benar, David menganggap anak tersebut adalah rezeki dan rezeki tersebut mungkin boleh menjadikan Wawa lebih berjaya.

“Jika benar dia sudah berkahwin dan mempunyai anak, kemudian dia ingin kembali berlakon, saya akan meraikan kepulangan dia. Maklumlah, dalam sebuah keluarga, anak dianggap rezeki. Saya percaya anak itu boleh menjadikan Wawa lebih berjaya,” katanya yang menjelaskan kali terakhir dia bertemu Wawa beberapa minggu sebelum Ramadhan.

“Beberapa bulan lepas, dia ada berjumpa saya dan meminta izin untuk pulang ke Lahad Datu dan berubat kerana terkena penyakit misteri. Ketika tengah bercakap dengan saya, tiba-tiba dia berzikir. Saya jadi takut dan saya percaya dia memang benar-benar terkena penyakit misteri. Jadi saya suruh dia cepat-cepat pulang ke Lahad Datu dan berjumpa semula setelah Hari Raya. Tapi sampai sekarang dia tak pulang,” katanya.

David yang bimbang dengan keadaan Wawa ada menyimpan hasrat untuk melawat gadis itu di kampung halamannya di Sabah namun ditegah oleh Wawa.

“Saya memang nak kunjungi dia tapi dia kata tak payah sebab ini hal keluarga. Bila dia ckp ini hal keluarga, tak mungkin saya boleh campur tangan,” kata David.

Walaupun berita ini mengejutkan ramai pihak, namun David mengambil pendekatan berbeza dan menganggap Wawa masih muda dan sedang belajar tentang hidup.

“Bagi saya apapun keputusan dia, sam ada betul atau tidak, direstui ibu bapa atau tidak, kita kena hormat kerana dia ada hak untuk menentukan pilihannya. Biarlah dia menjadi matang dengan belajar daripada pengalaman hidup,” katanya.

No comments

Powered by Blogger.