Isu pembuangan sisa pepejal SWN Sdn. Bhd

Merujuk kepada kenyataan akhbar bertarikh 20 Februari 2014 berhubung pembuangan kotoran ke dalam laut, YBhg. Datuk Ab Rahim Bin Md Noor, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) melahirkan kekesalan terhadap tindakan tidak bertanggungjawab yang telah dilakukan oleh pihak SWM Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat konsesi di bawah seliaan PPSPPA.

Jentera digunakan adalah Ultrawhack / Vacall milik syarikat konsesi SWM Environment Sdn. Bhd. yang telah membuang sisa sedutan pembersihan longkang yang bercampur dengan sisa air longkang ke dalam laut.

Tindakan itu adalah menyalahi prosedur operasi merujuk kepada kesalahan Primary (P4) pembersihan awam iaitu pembuangan sisa pepejal atau air leachate (air sampah) di lokasi yang dipersetujui di dalam lokasi zon pembersihan tertentu.

PPSPPA telah mengambil tindakan serta merta dengan dengan mengenakan penalti sebanyak RM5,000.00 kepada SWM Environment Sdn. Bhd. Selain itu, pihak PPSPPA juga telah membuka kertas siasatan untuk melengkapkan bukti yang diperlukan bagi tujuan tindakan undang-undang selanjutnya. 

No comments

Powered by Blogger.