Pemuja Aliran Atheist: Keturunan Iblis Laknatullah?

Punca kesesatan dan kekafiran Iblis laknatullah di sisi Allah adalah sikapnya yang keterlaluan di dalam menggungulkan logik di atas wahyu.

Ketika Allah memerintahkannya untuk sujud kepada Adam, dipertikaikannya perintah itu melalui satu persoalan yang diajukannya kepada Allah: Apakah dia perlu sujud kepada Adam yang diciptakan daripada tanah yang busuk, padahal dirinya diciptakan daripada api? Dengan sikapnya itu, Allah pun menjadikannya sebagai makhluk yang tersesat dari jalan yang lurus, sehingga ke Hari Kiamat.

Iktibar yang boleh kita petik daripada huraian di atas adalah, hendaklah kita umat Islam berpada-pada dalam menggunakan akal yang dikurniakan oleh Allah, khususnya apabila berinteraksi dengan wahyu Allah yang disampaikan menerusi Rasul pilihannya, Nabi Muhammad shallallahu 'alaiahi wasallam (al-Qur'an dan al-Sunnah yang sahih).

Justeru apabila sampai kepada kita perkhabaran daripada al-Qur'an dan al-Sunnah yang sahih yang dilihat 'bercanggah' dengan logik akal kita, hendaklah kita segera menundukkan akal kepadanya dengan menyerahkannya kepada Allah.

Ketahuilah perbezaan kita dengan orang bukan Islam adalah terletak kepada satu prinsip: "Sami'na wa atho'na...." (kami dengar dan kami taat).

Via cikgu arie

No comments

Powered by Blogger.