DR MUJAHID DAN DR HARON DIN
Alang Ibn Shukrimun
DR MUJAHID DAN DR HARON DIN
Saya menganggap kenyataan Dr Mujahid terhadap Mursyidul Am PAS sebagai suatu perkara yang serius. Beliau telah mempertikaikan kenyataan TG Haron Din yang menyifatkan wang hasil dari jawatan sebagai wakil rakyat sebagai haram apabila keluar PAS sebagai tidak berhati-hati.
Beliau menyatakan, TGHD berpendapat demikian kerana sikap sesetengah pemimpin yang bertindak menyokong Pakatan Rakyat. Kenyataan ini bersifat tuduhan jahat untuk menggambarkan Mursyidul Am sebagai anti Pakatan Rakyat. Sedangkan isu sebenarnya adalah pengkhianatan terhadap PAS dan para pengundi yang mengundinya atas tiket PAS.
Sebenarnya merekalah yang mengkhianati Pakatan Rakyat. Ini kerana konsensus PR sewaktu PRU13 dulu adalah menyetujui perjuangan asas setiap parti komponen terutama PAS yang memperjuangkan syariat Islam. Oleh itu undi yang diperolehi dari rakyat waktu itu berdasarkan asas yang dipersetujui ini.
Namun mutakhir ini berlaku sebaliknya apabila DAP jelas mencabul persetujuan lama PR dengan menentang kembali perjuangan PAS. Maka PAS bertindak mempertahankan perjanjian asal yang menjadi punca mandat rakyat diberikan kepada komponen PR di beberapa kerusi dalam PRU lepas. Mereka pula mendakwa mempertahankan hubungan antara parti PR sahaja sedangkan PR sudah lari jauh dari tawaran asal kepada rakyat.
Dr Mujahid juga perlu ingat, beliau juga bertanding atas tiket PAS, bukan Pakatan Rakyat. Pengundi memangkah di atas lambang bulan yang tertera di kertas. Ini yang zahir. Adapun undi atas faktor PR adalah perkara yang tidak jelas dan tidak boleh dijadikan sandaran hukum.
Dr Mujahid pernah mengangkat baiah untuk taat setia kepada parti dan tidak mengkhianati parti. Inilah faktor yang membuat PAS bersetuju memberikan jawatan calon kepadanya. Dalam baiah juga, secara jelas setiap calon menyatakan bahawa harta yang diperoleh dari jawatan itu akan menjadi haram sekiranya mengkhianati parti.
Sekiranya Dr Mujahid mahu mengkhianati baiah, maka segala hak yang PAS berikan perlu dipulangkan kembali. Jika tidak, ia sama hukumnya dengan mereka yang menipu dan merampas hak orang lain. Haram hukumnya dan segala hasil dari perbuatan itu adalah tidak halal baginya.
Amat pelik apabila ada agamawan kalangan mereka cuba menghalalkan jawatan mereka dengan menyatakan baiah terbatal kerana dipaksa. Bagaimanakah rupa paksaan yang mereka nyatakan itu? Adakah Tok Guru Nik Aziz sebagai Mursyidul Am waktu itu meletakkan pisau di tengkuk mereka semasa baiah? Adakah mereka akan dibunuh kalau tidak berbaiah?
Mereka diberi pilihan sebebasnya. Seandainya mereka tidak mahu berbaiah, mereka boleh saja melepaskan diri dari menjadi calon PAS. Tiada sesiapa memaksa mereka. Tetapi demi jawatan itu, mereka tetap rela melafaz dan menandatangani baiah tersebut tanpa sebarang ancaman. Ini menunjukkan mereka redha dan setuju dengan apa yang diakui.
Ataupun, adakah kecintaan mereka terhadap jawatan tersebut membuatkan mereka tidak kisah berikrar apapun? Besar sangatkah jawatan itu sehingga tidak mempedulikan laknat dan halal haram yang mereka cuba bermain dengannya?
Nabi SAW berpesan kepada mereka yang mahu menerima jawatan:
Sesungguhnya ia adalah suatu amanah, dan akhirat nanti bakal menjadi suatu kekecewaan dan penyesalan, melainkan mereka yang mampu menunaikan segala haknya.
Dr Mujahid juga berhujah orang yang mengundinya atas dasar PAS mungkin hanya sekitar 4000 orang. Lupakah beliau bahawa walaupun yang bertukar haram itu sedikit, tetapi bila bercampur dengan perkara halal, ia akan mengharamkan semuanya sekali? Walaupun beliau memperoleh satu undi sahaja, tetapi sekiranya undi tersebut diperoleh atas dasar beliau mewakili parti Islam, ia tetap diperhitungkan Allah.
Saya hanya mampu menasihat. Saya cukup bimbang jika inilah sikap mereka terhadap parti, apakah pula sikap mereka terhadap negara sekiranya menjadi pemimpin Malaysia kelak? Apakah mereka juga sanggup menggadai kedaulatan negara hanya kerana menjaga hubungan dengan pihak-pihak luar yang jelas mahu mengambil kesempatan terhadap tanahair?
Mereka masih punya pilihan, antara terus kekal berjuang dalam PAS sekurangnya sehingga tamat tempoh sebagai wakil rakyat sekiranya tidak mahu menyusahkan rakyat menghadapi PRK, ataupun terus keluar dengan meletakkan jawatan demi maruah, harga diri dan takutkan Allah biarpun terpaksa menunggu sepenggal lagi untuk bertanding semula.
Kasihanilah jua anak dan isteri, yang terpaksa menelan rezeki haram, membesar dalam keadaan syubhah, yang bakal menyebabkan doa mereka tidak diendahkan oleh Allah SWT kelak.
(Alang Ibn Shukrimun)

No comments
Post a Comment