Catatan Hujung: Dakwah di Pentas Demokrasi Berparlimen
1. Semenjak saya mula bertugas di Parlimen pada Ogos 2013 dahulu, suasana ketika Tuan Guru Presiden PAS berbahas Titah Diraja semalam adalah kenangan terindah dan detik bersejarah yang tidak akan dapat saya lupakan.
2. Sudah menjadi kebiasaan apabila giliran Tuan Guru berbahas, saya akan bersedia dengan pen dan kertas untuk terus mencatat isi penting ucapan beliau. Bahkan, pernah juga dahulu berkesempatan dapat bersembang dengan beliau di Pejabat Pembangkang Tingkat 14 Menara Parlimen, waktu sembang santai begitu pun penuh dengan suasana ilmiah dan terasa begitu kerdilnya diri ini hendak dibandingkan dengan beliau yang juga merupakan Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia.
3. Namun, semalam oleh kerana begitu teruja dengan perbahasan, saya letakkan sahaja pen dan kertas ke tepi demi menumpukan sepenuhnya setiap bait kata yang dilafazkan beliau. Berdebar juga dalam hati kecil ini tatkala ada Ahli Parlimen DAP, PKR dan BN yang bukan beragama Islam bangun mencelah itu bertanyakan soalan. Manakan tidak, Tuan Guru dengan beraninya menyampaikan mesej Islam secara terbuka dan pastinya ia agak sensitif pada pihak tertentu.
4. Apa yang berlaku..? Mereka yang bangun itu bertanya dengan beradab tatasusila, bahkan ada yang memanggil dengan nama Tuan Guru. Persoalan yang dibangkitkan oleh mereka dapat dijawab oleh Tuan Guru dengan begitu kemas dan terang serta disandarkan hujjah kepada dalil nas, sirah dan realiti semasa. Bukan mudah menjawab persoalan yang membabitkan hal agama dan undang-undang melainkan orang yang sudah mempunyai ilmu yang luas dan kefahaman yang mantap.
5. Apa pengajaran yang boleh kita ambil.? Tuan Guru telah menunjukkan contoh yang nyata buat sekalian para pendakwah betapa pentingnya ilmu, akhlak dan hikmah dalam menyampaikan mesej keindahan Islam. Tuan Guru mengulang beberapa kali ayat, orang bukan Islam usah risau apabila disebut hendak dikuatkuasakan undang-undang Islam. Beliau memetik ayat Quran berkenaan hak kebebasan beragama yang dijamin dalam sistem pemerintahan Islam dan menunjukkan bukti bagaimana rumah ibadah agama lain yang wujud dalam negara yang diperintah oleh orang Islam masih tetap ada dan tidak dirobohkan sehingga ke hari ini.
6. Tuan Guru menzahirkan kepada kita bagaimana hendak mempraktikkan ayat 125:Surah An Nahl yang bermaksud;
"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk."
7. Apabila dilihat secara keseluruhan inti perbahasan, kita akan dapat lihat begitu indah dan sempurnanya Islam iaitu Ad-Din mengikut acuan Al Quran dan As Sunnah. Tuan Guru memanfaatkan sepenuhnya peluang di medan demokrasi berparlimen ini untuk menyampaikan mesej Islam yang diperjuangkan PAS selama ini. Beliau mengajak sekalian Ahli Dewan samaada di Kerajaan mahupun Pembangkang bahawa "kita boleh berbeza, tapi jangan sampai berpecah", ini adalah iktibar daripada Arab Spring yang berlaku di rantau Asia Barat. Pemerintah zalim tumbang tetapi negara musnah, huru-hara dan perang yang tidak berkesudahan akibat daripada perpecahan dan campurtangan asing.
8. Tuan Guru mengakhiri ucapan beliau dengan kata-kata yang begitu mendalam maksudnya terutama bagi mereka yang cuba memahami rentak politik PAS;
"Walaupun saya tidak setuju dengan kerajaan, tetapi kita sabar.
PAS menyertai arena politik negara sejak sebelum merdeka sehingga hari ini. Parti-parti lain ini banyak yang baru ditubuhkan kemudian.
Kita sabar, kita menang, kita kalah, kita rebah, kita bangun, kita banyak kerusi, tidak ada kerusi langsung, tidak kisah.
Apa yang penting ialah jangan mengacau rakyat.
Ini yang kita perlu jaga betul-betul.
Ini saya tidak mengampu sesiapa dalam perkara ini.
Orang hendak sokong, sokong. Tidak mahu sokong, sudah."
**Saya tumpang gembira apabila melihat catatan intipati dan rakaman video perbahasan beliau semalam telah viral dan dikongsikan oleh ribuan orang yang merentasi batas umur, latar belakang dan fahaman politik.
Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS

No comments
Post a Comment