MAHAFIRAUN DAP TUNJUK KUASA

MAHAFIRAUN DAP TUNJUK KUASA

Sejak Mahathir masuk PH, virus Mahafiraun berjangkit pada DAP. Lim Guan Eng yang sebelum ini banyak dikritik berhubung pentadbirannya di Pulau Pinang oleh pemimpin bawahannya akhirnya menunjukkan sikap sebenarnya. Sebagai Setiausaha Agung DAP iaitu jawatan yang sama taraf dengan Presiden bagi parti lain beliau pastinya memerlukan pengikut yang tidak membangkang cakapnya.

PRU adalah medan terbaik kerana perjawatan kepimpinan parti banyak dipengaruhi oleh kedudukkan mereka-mereka yang memenangi kerusi DUN atau Parlimen.

Orang lama macam Dr. Tan Send Giaw yang banyak mengkritik pasti perlu dicantas bagi mematikan pengaruhnya di Kepong dan dalam parti. Keputusan DAP mengugurnya Send Giaw ibarat mimpi jadi kenyataan buat Guan Eng yang terdesak untuk mengukuhkan kedudukkanya sebagai pemimpin utama DAP.

Sebelum penguguran malam tadi Guan Eng sudah memberikan signal awal mengenai perkara ini hingga menyebabkan Seng Giaw istihar masih mampu bertanding kerana beliau belum setua Mahathir.

Rakyat khususnya masyarakat cina perlu melihat perkara ini secara serius. Walaupun nama parti itu ada "demokratik" tapi sikap kepimpinan mereka yang tidak demokrasi sangat memalukan. Patut tunggu sesi Pemilihan parti kalau nak singkirkan. Biar ahli yang decide. Lagi pun, bukan Seng Giaw nak lompat parti lain macam Adun Paya Jaras.

Terima kasih Send Giaw kerana sudah memberikan khidmat terbaik buat rakyat Kepong. Walaupun ibarat "habis madu, sepah dibuang" saya fikir sudah masanya pemimpin yang berasal dari Kelantan itu memikirkan masa depannya dengan DAP.

Terpulang padanya jika mahu setia atau mengikut langkah ADUN Tanjung Bungah dari DAP, Teh Yee Cheu mengumumkan keluar dari parti itu berkuatkuasa sabtu lepas.

Yang pasti berita penguguran Seng Giaw dan beberapa orang lagi menguatkan lagi dakwaan bahawa wujudnya Mahafiraun dalam DAP yang mengamalkan sikap diktator.

Herman Samsudeen
Kepong Baru
10 April 2018

No comments

Powered by Blogger.