Anwar, Saiful Bukhari 'bertembung'
BEKAS pembantu peribadi Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober ini.
Malah, beliau turut bersalaman dengan Anwar selepas menghantar borang penamaan calon, sebentar tadi.
Saiful Bukhari bagaimanapun tidak duduk di meja yang sama dengan Anwar selepas itu, sebaliknya memilih bersama beberapa calon lain.
Ini termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Stevie Chan Keng Leong, sementara menunggu pengumuman oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Selepas hampir 15 minit berbual bersama Isa dan Chan, Saiful bangun menuju ke meja Anwar sebelum sekali lagi bersalaman dan duduk di sebelahnya.
Mereka dilihat berbual beberapa minit sebelum Anwar yang memakai baju Melayu biru muda, bangun dan beredar ke bahagian lain di dalam dewan.
No comments
Post a Comment