Danyal Balagopal nafi terima RM25 juta

Danyal Balagopal nafi terima RM25 juta

Tarikh kemaskini: 28/09/2018
 

Datuk Danyal Balagopal Abdullah
PORT DICKSON, 28 Sept (Bernama) -- Bekas Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Danyal Balagopal Abdullah menafikan dakwaan bahawa beliau menerima RM25 juta bagi mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson.

Danyal Balagopal akan mendapatkan khidmat nasihat undang-undang mengenai dakwaan itu dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang membuat tuduhan itu.

"Selain daripada tuduhan bahawa saya telah mengambil RM25 juta untuk peletakan jawatan, kini terdapat suatu artikel dalam sebuah portal berita berkenaan seorang 'ex-bartender' membayangkan saya seorang laksamana bersara yang korup dan perlu disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

"Saya dikenali sebagai orang yang mudah memaafkan seseorang, bagaimanapun saya tidak boleh membenarkan seseorang mengambil kesempatan atas personaliti saya dan dengan sengaja memfitnah saya," katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun

No comments

Powered by Blogger.