Apa persiapan kita untuk lalui zaman ini?
Apa persiapan kita untuk lalui zaman ini? Ketika saya berada di Madrasah Sri petaling 10 hari, banyak saya dapat nasihat dan amal-amal yang di kongsi oleh para pendakwah dan para alim di sana.
Antaranya:
1. Apabila dengar azan, siapkan keluarga kita untuk solat berjemaah. JANGAN sesekali tinggalkan solat berjemaah, jika tertinggal, kena ada rasa sedih dalam hati. Zaman dimana kita sudah jauh dengan solat berjemaah cara Nabi Muhammad s.a.w.
2. Hidup setiap hari bacaan Hadith di rumah. Bacaan Hadith ini penting agar kerohanian kita sentiasa bersama Rasulullah s.a.w.
3. Hidupkan bacaan Al Quran siang malam. Tutup tv, tiada movie lagi dalam rumah, yang ada adalah gemaan bacaan Al Quran diruang tamu. Betulkan bacaan tajwid bersama keluarga.
4. Setiap hari bermusyawarah dengan isteri dan ahli keluarga. Dalam mesyuarat harian ini ada keberkatan. Nabi Muhammad s.a.w sebelum melakukan apa-apa perkara, Nabi Muhammad s.a.w akan bermesyuarat. (Nanti saya perincikan)
5. Sentiasa bermuzakarah tentang sifat-sifat sahabat terutama ketika 'bed time'. (Baca kitab Hayatus Sahabah) . Sangat-sangat penting untuk keluarga kita kenal siapa sahabat Rasulullah s.a.w. jika keluarga tidak kenal sahabat, bagaimana mereka nak kenal perjuangan Sahabat dalam dakwah islam sehingga islam sampai kepada kita.
6. Sentiasa bercakap tentang kebesaran Allah. ALLAH KUASA, ALLAH YANG MEMELIHARA, ALLAH YANG BAGI REZEKI, ALLAH YANG BAGI KENYANG, ALLAH YANG BAGI LIHAT, ALLAH YANG BAGI MANFAATKAN DAN MUDHARAT. Setiap hari, setiap masa bercakap tentang Allah. Agar anak-anak kita kenal siapa penciptanya.
7. Perbanyakkan selawat, dengan selawat Allah datangkan kecintaan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Dengan selawat kita akan selamat dari fitnah Dajjal. Dengan selawat Allah akan ilhamkan kita untuk melakukan banyak perkara kebaikan. Hanya dengan selawat kita tidak akan mencintai manusia lain selain Nabi Muhammad s.a.w.
8. HAFAL surah Al kahfi terutama 10 ayat pertama dan baca setiap malam. Tuan puan. Ini perisai kita untuk lawan fitnah dajjal. Tiada sesiapa pun akan terlepas dengan fitnah ini kecuali mereka beriman kepada Allah dan mengHAFAL ayat ini.
9. Baca zikir ini 7 x selepas maghrib dan 7x selepas subuh.
Hasbiyallahu la ilaha illa hu, 'alaihi tawakkaltu, wa huwa rabbul 'arsyil 'adhim.(rujuk dalam suruh Attaubah ayat 129)
10. Bangun malam solat tahajjud jangan tinggal. Mulai hari ini, malam ini kita tekad dan usaha untuk bangun tahajjud. Sekurangnya 2 rakaat sebelum subuh. Ustaz yang ajar saya solat tahajjud paling sesuai jam 2-3 am sebanyak 12 rakaat, doa lama lama, merayu merintih kepada Allah dan baca Al Quran waktu ini.
Tahu tak tuan puan, dajjal dan musuh musuh islam memastikan kita mati dalam keadaan syirik kepada Allah, ini matlamat mereka. Jika kita mati dalam keadaan syirik kepada ALLAH, NERAKALAH bilion tahun dan selamanyağŸ˜.
Moga Allah ampunkan saya, maafkan saya.
-EncikMatt-
#LelakiBurQa
No comments
Post a Comment