Weak Goverment and Weak Opposition


Weak Goverment and Weak Opposition
……………………………………………..
Di media sosial pihak pembangkang telah melakukan satu gerakan terancang untuk menjatuhkan pihak kerajaan. Gerakan itu bermula dengan #kerajaangagal dan kemudian cuba untuk menamatkan darurat dengan #tamatdarurat dan perhimpunan di depan istana.

Walaupun pihak pembangkang ingin menunjukkan kerajaan lemah (WG) tetapi pembangkang sendiri gagal membuktikan adakah pembangkang sendiri berada pada posisi yang kuat? Adakah pembangkang bersedia menerima hakikat bahawa kumpulan anda sebaga pembangkang lemah (WO)?
……………………………………………..
Isu yang menarik untuk kita letakkan kedudukan pembangkang sebagai WO adalah disebabkan beberapa faktor tersebut.

1. Pemainan “numbers” Anwar Ibrahim
2. 22 bulan gagal menjaga keharmonian kaum
3. Pergaduhan dalaman parti pembangkang
4. Pemimpin parti pembangkang meninggalkan parti
5. Merenggangkan hubungan dengan negara luar
6. PM meletakkan negara pada situasi rapuh apabila meletakkan jawatan
……………………………………………..
ANWAR DAN NUMBERS
Sudah masuk kali ketiga Anwar mengemukakan dia mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan baru. Antara tarikh keramat nombor Anwar adalah 16 Mac 2021, 23 September 2020 dan 16 September 2008. Kegagalan Anwar menunjukkan nombor serta mengaku mempunyai majoriti telah menggugat keadaan negara untuk masa yang singkat. Selain itu juga, kegagalan memberikan bukti yang benar mungkin menunjukkan bahawa pembangkang gagal menyediakan bukti yang kukuh untuk mengangkat Anwar sebagai pemimpin kerajaan.
……………………………………………..
MEMBURUKKAN KEHARMONIAN NEGARA

Siapa tidak baran apabila Menteri Perpaduan yang sepatutnya mengangkat agenda penyatuan masyarakat, memburukkan negara dengan perkara auta. Bukan itu saja, menteri PH juga sering menyebut tentang penindasan kaum di Malaysia yang mana maklumat itu tidak sahih. Kes yang berat untuk diterima oleh masyarakat Malaysia khususnya Melayu, iaitu bercadang menghilangkan kuasa raja dan hak orang Melayu melalui ICERD, tidak serius menangani rusuhan kaum di Kuil Sri Mahariaman dan membawa isu perpaduan dengan baik. Ini adalah kegagalan paling teruk pernah Malaysia hadapi dalam kerangka membina keharmonian sesama kaum di Malaysia.
……………………………………………..
PERGADUHAN DAN LOMPAT PARTI

Semasa PH memerintah, segalanya nampak kuat. Namun selepas peristiwa perletakkan jawatan PM, ramai ahli PH mula melompat sana sini. Ada ahli Parlimen memohon Datuk Takiyuddin membuat undang-undang anti lompat parti, akhirnya dibalas sinis ‘Pecat MP DAP Pulau Pinang dahulu yang lompat parti”. Selain lompat parti, keadaan dalaman parti komponen PH juga tidak stabil. Bagaimana PH mampu menjadikan dirinya kerajaan yang kuat jika berkeadaan seperti pembangkang lemah.
……………………………………………..
MENGGUGAT KESTABILAN NEGARA

Sudah tentu kita semua tahu keadaan pemerintahan PH sentiasa merisaukan banyak pihak. Bukan sahaja isu perkauman, malah kegusaran juga terjadi terhadap hubungan antara dua negara, ekonomi tempatan serta alam sekitar. Pelbagai peristiwa telah terjadi semasa tempoh 22 bulan PH memerintah. PH cuba bermain sebagai penyelamat Malaysia selepas 60 tahun pemerintahan BN namun keadannya tidaklah seperti menyelamat. Banyak perkara sengaja dibuat-buat semata-mata ingin menujukkan Malaysia berada di ambang kemusnahan lalu PH akan menyelamatkan Malaysia. Kerana itulah ada isu Bon Samurai, memotong bantuan rakyat sedia ada, membuka peluang kepada golongan LGBT, menidakkan hak orang Melayu dan banyak lagi isu yang dahsyat, lebih teruk daripada era pemerintahan BN.
……………………………………………..
Secara kesimpulannya, PN yang dituduh sebagai WG bukanlah benar seperti yang dijaja, PN berada di fasa yang sangat gawat. Malah kerajaan PN pula perlu sangat berhati-hati dalam bertindak agar tidak membawa kepada kerugian besar. Namun, di tangan PH pula semasa menjadi kerajaan sudah terbukti menggusarkan orang ramai, bila menjadi pembangkang pun masih lagi kelihatan tidak berkemampuan membawa negara.

Pendek kata, berhenti menggegar rumah orang, perkukuhkan tapak rumah sendiri dahulu.

Admin Bro Joe

No comments

Powered by Blogger.