Apa Pun Hukuman Pada Anwar Tidak Sah – WADAH

Oleh Mat Zahari Bin Ali

PETALING JAYA, 20 DISEMBER : Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa apa sahaja keputusan yang diputuskan berhubung kes yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertentangan dengan syariat Islam memandangkan ia dibicarakan di mahkamah sivil dan bukan mahkamah syariah.

Setiausaha Agungnya, Abdul Halim Ismail berkata kes yang di libatkan kepada Anwar merupakan isu yang seharusnya dikaitkan dengan hukum Syariah yang memerlukan empat saksi yang amanah dan diyakini.

“Mereka yang berleluasa menabur fitnah, melemparkan tuduhan keji seperti zina dan liwat tanpa pembuktian secara syariat dengan kehadiran empat orang saksi yang adil dan berwibawa seharusnya ditolak. Dalam kes seperti ini pembuktian dengan cara bersumpah sama sekali tidak relevan.

“Seluruh umat Islam turut diseru agar bersama-sama menolak gejala fasik tanpa mengambil kira latarbelakang pegangan politik masing-masing. Seharusnya juga, seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan dia bersalah dengan dibuktikan melalui hukum syarak. Malah pembuktian yang dilakukan tanpa mangambil kira hukum syarak sama sekali tidak boleh diterima dan dianggap tidak sah.” ujar Abdul Halim.

Wadah juga mengharapkan agar budaya kefasikan dan fitnah-menfitnah yang berleluasa dapat ditolak secara total oleh umat Islam terutamanya.

“Masyarakat Islam bukan sebuah ladang fitnah, dan bukan juga sebuah pasar gosip. Al-Qur’an telah memberikan petunjuk jelas bagaimana menyikapi gejala fasiq seperti itu, iaitu dengan menolaknya secara jelas, tegas dan tanpa basa-basi,” tegas Abdul Halim lagi.

Sehubungan dengan itu, Wadah juga menerangkan bahawa sebarang kenyataan, pandangan atau pendapat yang dikeluarkan oleh Prof Datuk’ Dr Sidek Baba dan Dr Yusri Muhammad berkaitan dengan isu ini sebelum ini, sama sekali tidak mewakili pandangan Wadah.

Kenyataan Wadan tersebut ekorang keputusan pembicaraan kes Fitnah ke atas Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dijangka akan di umumkan pada 9 Januari tahun depan.

No comments

Powered by Blogger.