Anwar sedia jawab isu masuk Umno jika RTM beri '5 minit'

Oleh: ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD

PETALING JAYA - Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia menjelaskan isu dakwaan beliau ingin kembali kepada Umno jika Radio Televisyen Malaysia (RTM) berinya ruang siaran.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Senator Ezam Mohd Noor dalam satu ceramahnya pada Ahad yang mendakwa Anwar pernah berjumpa dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk menyertai semula Umno ketika era pemerintahannya.

“Awak dari mana? RTM.. Ok….Terima Kasih la….Kalau RTM boleh bagi saya 5 minit untuk bercakap saya akan jawab. Tanya menteri awak Datuk Seri Dr Rais Yatim (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) boleh tak bagi Anwar lima minit atau tiga minit jelaskan secara langsung..boleh…?.

“Isu ini tidak relevan pun dan tak berbangkit..yang ketagih nak masuk Umno itu dia (Ezam),” jawabnya secara sinis kepada seorang wartawan daripada RTM.

Bagaimanapun, Anwar diasak soalan sama oleh beberapa wartawan lain, bagaimanapun beliau masih enggan mengulas lanjut.

“Kalau nak suruh layan dia( Ezam) mahal pula harga dia…Jadi saya tidak mahu meningkatkan harga dia dalam Umno. Jadi nanti dia dapat kutipan yang lebih kalau saya respon,” katanya kepada pemberita
selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR semalam.

No comments

Powered by Blogger.