Anwar terus buntu, Hadi mahu calon lain, bukan Wan Azizah
KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus buntu dalam mencari penyelesaian isu pertukaran Menteri Besar Selangor apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap menolak calon yang dikemukakan oleh PKR.
Sumber dalaman PKR Terengganu memberitahu Astro AWANI, dalam pertemuan bersama Anwar dan Hadi di sebuah hotel di Marang petang semalam, Presiden PAS itu bertegas menolak pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Hadi, yang sebelum ini dilaporkan bertegas mahukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor, mahu PKR menamakan calon lain selain Wan Azizah.
Antara nama yang disebut-sebut menjadi pilihan PAS ialah Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa.
Sementara itu, Anwar enggan mengulas lanjut hasil pertemuannya dengan Abdul Hadi dan menganggap ia hanya pertemuan biasa.
"Perjumpaan biasa...kita baru dalam proses perbincangan...bincang banyak isu...hasilnya macam biasa," kata Anwar ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, malam tadi.
Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan komen Abdul Hadi masih gagal berikutan Presiden PAS itu turut mengelak bertemu dengan wartawan.
Abdul Khalid yang enggan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, dipecat daripada PKR pada 10 Ogos lalu atas dakwaan mengingkari arahan parti.
Bagaimanapun pada 11 Ogos, Sultan Selangor memberi perkenan agar Abdul Khalid mengekalkan tugas sebagai Menteri Besar Selangor.
Abdul Khalid dalam satu kenyataan menjelaskan, sehingga ada perkembangan baharu, beliau kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan akan menjalankan tugas seperti biasa.
Sementara itu pada petang 11 Ogos, satu kenyataan bersama Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua mencabar Abdul Khalid membuktikan sokongan majoriti DUN seperti yang dimaklumkan kepada Sultan Selangor pada pagi Isnin.

1 comment
Jadi Pas ckp berbelit2 satu masa kekalkan Khalid satu masa suh cari nama lain dari DSWA..mlh sebut nama Azmin yg langsung x berpungsi jadi YB bkt Antaranangsa ada apa dia buat utk penduduk BA ke Masjid Surau pn jarang mlh x penah jumpa?
Post a Comment