Aurat wanita: SIS mempergunakan agama untuk memenuhi hawa nafsu
Sumber pensyariatan yang utama serta disepakati oleh ulama dan umat di dalam Islam terdiri daripada 3 perkara: Al-Quran, As-Sunnah dan Ijma’ (persepakatan), boleh sahaja sesuatu hukum tidak disebut secara terus di dalam Al-Quran tetapi ianya dinyatakan oleh as-Sunnah maka ia tetap adalah hukum Islam. Seperti juga dalam hal Ijma’ pada perkara yang tidak disebut secara terus oleh Al-Quran dan As-Sunnah.
Maka tidak semestinya bila sesuatu perkara tidak disebut dalam Al-Quran secara terus maka ia boleh dilakukan atau tidak menunjukkan haram kerana sumber pensyariatan terdiri daripada 3 perkara tersebut. Ketiga-tiga tiang ini boleh dikatakan sebagai tiang seri kepada Syariat Islam itu sendiri.
Isu rambut wanita yang merupakan aurat adalah suatu perkara yang sudah jelas sejak berzaman, dengan bnyak ayat Al-Quran menyentuh tentang perkara ini, hadis yang menjelaskannya serta kesemua ulama muktabar meletakkan isu ini sebagai persepakatan umat Islam sejak daripada zaman dahulu hinggalah ke hari ini tanpa ada yang mengingkarinya.
Disebut Imama Abu Muhammad bin Hazm dalam kitabnya “Maratibil Ijmak” (29) bahawa: Telah berijma’ seluruh umat dan ulama bahawa rambut wanita yang merdeka serta tubuhnya (kecuali muka dan tapak tangan) adalah aurat, tetapi mereka telah khilaf akan adakah muka dan dua tapak tangan adalah aurat atau tidak.
Juga Al-Hafiz Abu Umar bin Abdul Bar Al-Maliki sebut dalam kitab “At Tamhid” (6/364): kesemua tubuh wanita adalah aurat kecuali muka dan kedua tapak tangannya, inilah pandangan keseluruhan ahli ilmu”
Imam al-Qurtubi al-Maliki ada menyebut dalam tafsirnya (12/237): Semua umat Islam berijma’ akan wajibnya lelaki dan perempuan menutup kemaluan mereka kerana ianya adalah aurat, (mereka turut berijma’) bahawa aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan dimana kedua perkara ini adalah khilaf padanya.
Bukalah mana-mana kitab ulama silam atau semasa jelas menunjukkan persepakatan mereka bawah menutup rambut adalah wajib. Perselisihan yang berlaku hanya dalam sekitar muka,tapak tangan dan kaki, selain daripada itu mereka bersepakat akan pengharamannya. Jelas! sumber hukum aurat rambut meliputi ketiga-tiga sumber pensyariatan.
Pada dimensi Al-Quran, isu ini disentuh dalam dua tempat, satu dalam surah An-Nur ayat 31 dengan istilah zayyinah (perhiasan) serta Al-Ahzab dengan istilah juyubihinna. Rujuklah mana-mana kitab tafsir muktabar maka mereka akan menyebut rambut termasuk daripada istilah-istilah yang disebutkan itu. Begitu juga dalam hal hadis, rambut wanita aurat bukanlah sekadar pada hadis Asma’ RA, banyak lagi hadis lain yang boleh dirujuk.
Antaranya ianyaseperti hadis ini yang disebut dalam kesemua 6 kitab hadis utama kecuali An-Nasaie:
Daripada Aisyah RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidak diterima solat wanita yang telah haid-sampai umur baligh- kecuali dengan khimarin
Ulama hadis mentafsirkan istilah khimarin itu adalah suatu alas yang menutup kepala, leher mereka hingga ke bawah. Dan berkata Syiekh al-Hasan Mubarakfuri berkenaan hadis ini: Hadis ini jelas menunjukkan bahawa kepala dan rambut wanita adalah aurat, serta menjadi kewajipan untuk wanita menutupnya.
Terlalu banyak hujah-hujah lain yang boleh kita bawakan untuk menegaskan akan kedudukan rambut sebagai wanita, dalam isu ini tetapi SIS lah sepatutnya yang membawakan hujah-hujah membenarkan apa yang mereka dakwakan.
Katakanlah (wahai Muhammad): Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar. (Al-Baqarah:111)
Hujah SIS kononya mereka berhujahkan daripada Syiekh Albani dan Syiekh Thariq Iwadullah adalah suatu tindakan yang langsung tidak jujur dalam mencedok pandangan ulama. Kedua ulama ini membincangkan hadis tersebut pada perspektif perkara yang memang sedia menjadi khilaf dikalangan ulama, iaitu aurat muka dan tapak tangan, bukan berkenaan aurat rambu kerana aurat rambut adalah suatu perkara yang sudah jelas tanpa pertikaian.
Albani dalam kitab Jilbab Al Mar’ah al-Muslimah (m/s 96) yang sama diputarbelit oleh SIS ada menegaskan perkara tersebut apabila menyebut tetang syarat pertama daripada 8 syarat untuk jilbab iaitu- menutup seluruh badan kecuali apa yang dibenarkan:
“Aku simpulkan kepada syarat pertama ini adalah menjadi kewajipan kepada wanita apabila dia keluar rumah samada dia hamba atau orang yang merdeka untuk menutup seluruh tubuh mereka kecuali muka dan kedua tapak tangan. Ini kerana perbuatan ini jelas wujud pada zaman Rasulullah SAW dan Baginda membenarkannya”
Hal yang sama juga dilakukan terhadap Syiekh Thariq Iwadullah. Tindakan mereka ini adalah satu tindakan yang langsung tidak menghormati ulama serta sebagai satu usaha menjatuhkan kradibiliti ulama tersebut. Pada perspektif akademik juga, tindakan menyalah guna kata-kata seseorang adalah antara jenayah berat dalam dunia akademik. Mereka sepatutnya secara terbuka memohon maaf atas tindakan ini.
Kita semua sudah lama arif dan maklum, hakikatnya perjuangan SIS bahawa rambut wanita bukan aurat bukanlah perjuangan demi mendapat kebenaran syariat Islam yang sebenar, tetapi ianya adalah suatu perjuangan bertunjangkan kepada hawa nafsu samata-mata yang dihiasi kononnya dengan hujah akademik dan syarak.
Kalaulah benar mereka pendokong Al-Quran seperti yang ditunjukkan dalam kes ini, maka dalam kes hudud merekalah yang sepatutnya paling hadapan menyokongnya kerana kesemua hukuman hudud disebut jelas lagi terang di dalam Al-Quran. Juga kalaulah mereka benar ingin memenuhi seruan Al-Quran, tidak mungkin mereka akan pertikai hak pewarisan isteri,anak perempuan yang selama ini dilaungkan kerana Al-Quran menyebut dalam masalah ini jelas satu persatu. Kita kenal siapa mereka dan apa mereka perjuangkan walaupun mulut mereka cuba berkata sebaliknya.
Seruan saya kepada masyarakat adalah dalam usaha memahami erti Islam yang sebenar, rujuklah pada mereka yang benar-benar perjuangkan Islam serta bercita-cita meletakkan Islam di tempat yang tertinggi sekali. Bukan merujuk pada mereka yang kumat -kamit menggunakan hujah-hujah agama sedangkan apa yang mereka perjuangkan adalah berdasrkan kehendak nafsu mereka sendiri.
Mereka bercita-cita menumbangkan syariat dengan hujah-hujah syarak itu sendiri. Tindakan ini tidak ubah seperti tindakan bani Israel yang menunjukkan sebahagian daripada al-kitab apabila ia selari dengan kehendak mereka serta merahsiakan sebahagian lain akibat tidak selari dengan kehendak hawa nafsu yang akhirnya membawa laknat Allah SWT ke atas mereka.
Wasapadalah dengan mereka!
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan Kitab Suci yang telah diturunkan oleh Allah dan membeli dengannya keuntungan dunia yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain dari api Neraka dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat dan Dia tidak membersihkan mereka (dari dosa) dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (174)
firdaus
Ust Muhammad Firdaus bin Zalani
Pegawai Majlis Ulama ISMA (MUIS)

No comments
Post a Comment