Mari memahami organisasi PAS

Zamakhshari Muhamad

Salam perjuangan..,

Mari memahami organisasi PAS. Kebelakangan ini ramai yang ingin mengulas tentang PAS tetapi banyak ulasan dan pandangan yang kurang tepat kerana gagal memahami struktur organisasi PAS. Kekeliruan yang paling ketara adalah gagal membezakan antara Majlis Syura Ulama (MSU) dan Dewan Ulama (DU). Untuk memudahkan kefahaman saya akan membuat perbandingan dengan organisasi Korporat.

Kuasa untuk membuat dasar dan menentukan halatuju sesebuah syarikat adalah LEMBAGA PENGARAH ( Board of Directors - BOD ) Mereka tidak terlibat dengan perjalanan harian syarikat, tetapi mereka akan memantau dan memastikan Pengurusan Syarikat membawa halatuju syarikat sebagaimana keputusan dan pendirian LEMBAGA PENGARAH. Dalam PAS fungsi LEMBAGA PENGARAH ini di kenali sebagai MAJLIS SYURA ULAMA. Ahli Lembaga Pengarah biasanya di lantik di kalangan mereka yang pakar tentang halatuju organisasi dan turut di sertai oleh CEO / Presiden organisasi tersebut. Di kalangan Ahli Lembaga Pengarah ini akan di lantik seorang Pengerusi / Mursyidul Am yang akan mengepalai Lembaga Pengarah / MSU.

Selepas itu akan ada organisasi pelaksana dasar atau juga di kenali Pasukan Pengurusan / Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Pasukan Pengurusan biasanya diketuai oleh CEO/ Presiden. Tugas pasukan pengurusan / JKPP adalah menjalankan aktiviti bagi mencapai matlamat dan halatuju yang telah di tetapkan oleh BOD/MSU. Pihak Pengurusan perlu memastikan semua aktiviti syarikat adalah selari dengan dasar yang telah ditetapkan oleh BOD/MSU.

Kemudian bagi mencapai matlamat syarikat dalam bidang-bidang tertentu, syarikat akan menubuhkan anak syarikat / Dewan-dewan. Dalam organisasi PAS ada Dewan Ulama, Dewan Muslimat, Dewan Pemuda dan Dewan Himpunan Penyokong PAS. Fungsi anak-anak syarikat /Dewan-dewan ini adalah membantu syarikat menguruskan bidang yang khusus bagi mereka untuk membantu syarikat mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh BOD/MSU. Pada masa yang sama, anak-anak syarikat ini akan menubuhkan anak syarikat yang lain/Jabatan Amal @Ameerah @Nisa bagi mencapai objektif yang lebih specific.

Seterusnya akan ada pemegang saham / ahli kepada syarikat tersebut. Kuasa ahli adalah menyatakan pandangan dan mengundi dalam AGM /Muktamar Tahunan.

Demikianlah secara umum untuk kita memahami hairaki organisasi PAS walaupun ada beberapa perbezaan dari segi perlaksanaan berdasarkan perlembagaan PAS. Semoga kita lebih memahami fungsi setiap organisasi yang ada dalam PAS.

Terima Kasih..

No comments

Powered by Blogger.