Sultan Perkenan Ampun, Remit Baki Hukuman Penjara 11 Banduan
TAPAH, 18 Jun (Bernama) Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan memberi pengampunan kepada 11 banduan yang dihukum penjara sejak 18 Mac lepas, bersempena hari pertama Ramadan.
Setiausaha Lembaga Pengampunan Negeri Perak Datuk Razali Othman berkata keputusan itu dibuat pada Persidangan Lembaga Pengampunan Negeri yang dipengerusikan baginda di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, semalam.
Beliau berkata kesemua 11 banduan itu disabitkan kesalahan melibatkan diri dengan perhimpunan haram di bawah Seksyen 145 Kanun Keseksaan pada tahun 2009, di hadapan Masjid Ubudiah Kuala Kangsar.
"Sultan Nazrin Shah telah membentangkan rayuan yang telah dipersembahkan secara terus kepada baginda oleh 11 banduan itu yang telah dikenakan hukuman penjara sepuluh bulan atas sabitan itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Razali berkata semasa Lembaga Pengampunan Negeri Perak mengadakan persidangan pada 5 Mei lepas iaitu sehari sebelum tarikh pertabalan Sultan Nazrin sebagai Sultan Perak, baginda telah membentangkan 12 rayuan yang dikemukakan oleh banduan yang telah dikenakan hukuman atas sabitan melibatkan diri dengan perhimpunan haram berkaitan.
"Dalam persidangan tersebut, baginda hanya berkenan atas ihsan dan budi bicara meremitkan baki hukuman penjara kepada hanya seorang banduan kerana banduan berkenaan sahaja yang mengemukakan rayuan secara sendiri kepada baginda.
"Baginda turut menzahirkan teguran bahawa rayuan oleh sebelas banduan lain adalah tidak teratur kerana telah dikemukakan oleh pihak ketiga di samping tidak dipersembahkan melalui Pegawai Yang Menjaga Penjara.
"Namun, kesemua sebelas banduan kali ini telah menyembahkan sendiri rayuan masing- masing melalui saluran yang betul," katanya.
Razali berkata Sultan Nazrin berpuas hati dengan ulasan Pegawai Yang Menjaga Penjara Tapah bahawa kesemua banduan telah menunjukkan keinsafan dan berkelakuan baik semasa menjalani hukuman penjara.
Katanya Sultan Nazrin amat berpuas hati dengan pengakuan keinsafan para banduan di atas kesalahan yang mereka lakukan dan janji para banduan untuk tidak mengulangi melakukan kesalahan tersebut.
"Setelah meneliti rayuan banduan-banduan, dalam semangat menghadapi bulan Ramadan, Baginda atas ihsan dan budi bicara telah menitahkan supaya sebelas banduan yang telah disabitkan kesalahan dan telah menjalani hukuman penjara sejak 18 Mac 2015 lalu.
"Kesemua mereka diremitkan baki hukuman penjara dan dibebaskan pada 18 Jun 2015 bersamaan 1 Ramadan 1436 yang membolehkan mereka menunaikan ibadah puasa dan menyambut syawal bersama kaum keluarga," katanya.
BERNAMA

No comments
Post a Comment