Islam dan perkembangan politik di Malaysia
Islam dan perkembangan politik di Malaysia. Hanya SESUAI di baca bagi yg hidup ada prinsip, dan hidup Berpolitk dengan Matang dan Sejahtera.
Sebelum kedatangan penjajah British ke Tanah Melayu, undang undang Islam telahpun dilaksanakan contohnya dalam Undang-Undang 99 Perak dan Kanun Melaka kebanyakan undang-undangnya adalah berteraskan Islam.
Selepas menguasai Pulau Pinang pada 1786, British berusaha membawa konsep tamadun mereka yakni sekular dengan memisahkan agama dari kehidupan org Islam
Inggeris juga memperkenalkan tiga piagam dipanggil ‘Charters of Justice’ (Piagam Keadilan pertama) pada 1807, (Piagam Keadilan kedua) pada 1826 dan (Piagam Keadilan ketiga) pada 1885.
Kalau kita berjuang semata mata nak merdeka dari British... Ketahuilah kita masih mengikut undang2 malah cara hidup mereka..
Kalau kita sekadar nak kalahkan Barisan Nasional, ketahuilah Barisan Nasional telah kalah dlm PRU-14.
Kalau kita yg Islam ni sekadar nak bebaskan Anwar Ibrahim... Anwar dah dua kali bebas sebelum ni..Bahkan dia sendiri lupa malah melupakan pandangan Islam.. Suruhan Islam pd apa yg berlaku pd dirinya sendiri maka tinggalkan dia dengan pendapat dia..
Kalau kita berjuang nak tegakkan Islam... Perjuangan kita masih jauh.. Bumi PALESTINE masih dijajah zionis.. Org Arab masih khayal dilamun harta melimpah ruah.. Org islam kita masih xtau apa yg sepatutnya mereka buat.. Masih belum tau lagi mana satu wajib mana satu kemudian.. Mana nantinya.. Bahkan ada antara mereka melupakan ushul ilmu.. Yg mereka kejar adalah dunia dan meninggalkan generasi yg hidupnya berfoya foya.. Jika dia jadi pemerintah hartanya 10 keturunan xabis.. Dia xmalu hidup dimana rakyatnya ada yg menangis kelaparan dimalam hari.
Dahsyat fitnah dunia akhir zaman ni.. Hebat org yg dilihat hebat walhal ada ulama murabbi Allah hantar pd manusia tp tidak pula diikuti bahkan difitnah. Seolah olah anjing lagi mulia kedudukan nya dimata mereka..walhal Nabi mereka berpesan ulama itu perwaris para Nabi.. Jgn kata ikut.. Mereka hina sehina hinanya di media sosial.. Di kaca Tv mereka. Dlm radio.. Dimulut.. di jari jari.. Dihati mereka.. Di kertas.. Dihujung pensel mereka sekalipun. Hinanya taraf ulama pd mereka sedang Allah guna kalimah يرفع.. Mereka guna apa yg Allah beri utk hina ulama.. Istidraj ni memang mengkhayalkan org yg mabuk.. mengejutkan org yg sedar..
Sampailah suatu hari al Masih yg ditaqdirkan itu dtg menemui mereka.. Padahal mereka sibuk dgn dunia.. Maka diturutilah kehendak syurga dunia dimana akhirat mereka akan dilupakan..
Adam Lawrence
1 Ramadhan 1439 Hijrah
No comments
Post a Comment