Mengapa kamu mencari yang lain daripada Islam, wahai saudara-saudaraku?

Mengapa kamu mencari yang lain daripada Islam, wahai saudara-saudaraku?


Imej-imej di twitter membayangkan generasi Melayu Muslim yang secara terang-terangan mengaku tidak beragama. Ini amat menyedihkan. Umat Islam seluruhnya berdosa jika berterusan gagal menunjukkan jalan dan contoh teladan yang baik buat mereka.


Buat anak-anak muda. Sarjana-sarjana barat, mereka mencari hidayah akhirnya menemui Islam sebagai agama yang benar.


Quran ini benar saudaraku. Saintis Barat menangis bila mana mereka membaca ayat Allah yang menceritakan proses kejadian manusia (antaranya ayat 5 dari surah Al-Hajj). Bagaimana mungkin, proses yang sebegini tepat telah diceritakan oleh Al-Quran yang diturunkan 1400 tahun dulu dalam suasana tiada teknologi, tiada super-computer, tiada makmal, tiada ultrasound dll. Ini membuktikan kebenaran Al-Quran, kebenaran kitab Allah dan kebenaran agama kita ini, Islam.


Dan banyak lagi contoh-contoh lainnya.


Lihat di link ini bagaimana Dr Laurence Brown, seorang pakar mata menemui hidayah hampir 20 tahun dulu. Beliau sendiri mengakui bagaimana media Barat menunjukkan Islam ini sangat terkebelakang, umatnya menaiki unta, teroris dan sedia untuk menghancurkan sebarang ketemadunan. Hanya dengan mempelajari Islam, bergaul dengan orang yang betul akhirnya pemahaman beliau menjadi sejelasnya (everything is really upsidedown - mengambil ungkapan beliau).


https://youtu.be/_J5_VETwfew


Semoga Allah memandu generasi kita ke jalan hidayah dan jalan petunjukNya.


Sama-sama kita hayati ayat 5 surah Al-Hajj.


يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِنَ الْبَعْثِ فَإِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ مِنْ نُطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ مِنْ مُضْغَةٍ مُخَلَّقَةٍ وَغَيْرِ مُخَلَّقَةٍ لِنُبَيِّنَ لَكُمْ ۚ وَنُقِرُّ فِي الْأَرْحَامِ مَا نَشَاءُ إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى ثُمَّ نُخْرِجُكُمْ طِفْلًا ثُمَّ لِتَبْلُغُوا أَشُدَّكُمْ ۖ وَمِنْكُمْ مَنْ يُتَوَفَّىٰ وَمِنْكُمْ مَنْ يُرَدُّ إِلَىٰ أَرْذَلِ الْعُمُرِ لِكَيْلَا يَعْلَمَ مِنْ بَعْدِ عِلْمٍ شَيْئًا ۚ وَتَرَى الْأَرْضَ هَامِدَةً فَإِذَا أَنْزَلْنَا عَلَيْهَا الْمَاءَ اهْتَزَّتْ وَرَبَتْ وَأَنْبَتَتْ مِنْ كُلِّ زَوْجٍ بَهِيجٍ


Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air mani, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan menggemburlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah-indah.


OK. 19.6.18

No comments

Powered by Blogger.