Suami Kanak-Kaak Bawah Umur Menceritakan Kisah Sebenar
‘Saya ikat sahaja, sudah rujuk yang lebih arif’
GUA MUSANG - Keputusan peraih getah sekerap berkahwin dengan kanak-kanak berusia 11 tahun di Selatan Thailand itu hanyalah tanda ‘ikat’ sahaja.
Menurut lelaki yang berusia 41 tahun itu, dia mengakui perkahwinan berkenaan yang berlangsung pada 4 Syawal lalu namun hanya melibatkan nikah gantung sahaja.
“Saya mengenali isteri ketiga saya sudah lama dan saya menyembunyikan pernikahan ini untuk mengelakkan terjadinya perselisihan faham bagi dua isteri lain.
“Saya nikah gantung dan tidak tinggal bersama isteri ketiga. Dia masih berada di bawah jagaan ibu bapanya dan kami sudah berjanji, akan mengambil isteri saya apabila dia cukup umur.
“Perkara ini tidak salah kerana saya sudah rujuk mereka yang lebih arif di Selatan Thailand. Janganlah menyalahkan saya dan mengaibkan kami,” katanya.
Lelaki berkenaan memiliki enam anak hasil perkongsian hidup bersama isteri pertama dan kedua.
Semalam, kisah dia menikahi kanak-kanak berusia 11 tahun apabila isteri keduanya, memuat naik perkongsian di laman sosial Facebook serta foto perkahwinan suaminya.
Difahamkan, isteri ketiganya itu merupakan kenalan kepada anaknya dari hasil perkahwinan bersama isteri pertama.
Bagaimanapun, setelah kisah ini ditularkan, isteri keduanya memadam kesemua perkongsian berkenaan.
No comments
Post a Comment