Anwar tawar diri bertanding presiden PKR

Anwar tawar diri bertanding presiden PKR

Tarikh kemaskini: 15/07/2018
 

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menawar diri bertanding jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti akan datang.

Ketua Umum PKR itu berkata keputusan itu dibuat setelah berbincang dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan kepimpinan, serta mengambil kira segenap pandangan dan keperluan demi kelangsungan parti berkenaan.

"Dengan penuh kesedaran atas prinsip iltizam bil jamaah, saya menawar diri untuk bertanding jawatan Presiden PKR," katanya dalam hantaran di Facebook dan Twitter.

"Insya-Allah sekiranya mandat diperoleh dari akar umbi parti seluruh negara, saya akan mengemudi parti selaku Presiden selepas selesai Kongres Nasional Keadilan pada November 2018," kata Anwar.

Anwar menarik perhatian bahawa ketika ini terdapat beberapa pandangan mengenai keperluan untuk beliau turun ke gelanggang mengemudi parti selaku Presiden menggantikan isterinya.

No comments

Powered by Blogger.