Ucapan Hebat MB Ganu

Inilah antara ucapan terhebat yang pernah aku dengar. Dia menyatakan segala isi hati dan idea yang ingin sekali aku luahkan kepada pemimpin. Seperti telah menyelam ke dalam hati aku untuk mengetahui hal itu, dan aku yakin, yang mendengar ucapan ini pun merasakan hal yang sama.


Seperti seorang rakyat biasa yang diberi peluang berucap di hadapan pemimpin, seperti seorang ayah yang menasihati anaknya, seperti seorang guru yang mengajar muridnya.


Ucapan yang mewakili seorang ibu tunggal, ucapan yang mewakili anak muda yang sedang menganggur, ucapan yang mewakili warga emas, ucapan yang mewakili masyarakat, ucapan yang mewakili golongan yang tidak berpendidikan, ucapan yang mewakili seorang yang ingin memulakan perniagaan, ucapan yang mewakili seorang pelajar, ucapan yang mewakili kakitangan awam, ucapan yang mewakili pekerja bawahan.


Allahuakbar, kagum dan khusyuk sungguh aku mendengarnya.


Tidak langsung seperti pembentangan biasa seorang pemimpin yang membaca teks dengan agak lama hingga timbul rasa bosan dan mengantuk, tidak sama sekali. Ia lebih seperti bicara hati ke hati dan meluahkan rasa. Aku tak puas mendengarnya, aku ingin dengar lagi dan lagi.


Apa yang paling aku terkesan adalah ingatan ini. Ingatan yang selalu disebut oleh dia di setiap majlis bagi sesiapa yang ikuti,


''Yang akhirnya ialah, apa yang seluruh kita buat di sini adalah melaksanakan amanah daripada Allah swt. dan akhirnya adalah untuk mencapai mardhatillah, keredhaan Allah.''


''Kerana siapa kita sebagai manusia, kita adalah sama di sisi Allah. Yang membezakan kita ialah tugas dan tanggungjawab.''


''Dan akhirnya kita akan menjawab dihadapan Allah swt. Kita tidak mahu kita mengadap Allah pada waktu itu, dalam keadaan Allah tanya, buat atau tidak tanggungjawab. Tak mampu untuk kita menjawab di hadapan Allah, apatahlagi seorang menteri besar, apatahlagi seorang ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri.''


''Kerana itu bantulah kita semua, untuk sama-sama menggerakkan kerajaan yang kita bina ini utk kepentingan seluruh negeri Terengganu.''


Aspirasi dan cara berfikir yang dinyatakan ini sememangnya yang aku impikan daripada seorang pemimpin. Kali ini aku sudah jumpa.


Di saat negara terpalit dengan pelbagai isu dan karenah, di saat masyarakat resah dan gelisah, pemimpin ini hadir dan memacu negeri kami dengan terus jaya.


Ya, pilihan kita semua tidak salah lagi. Terima kasih kepada semua kerana membuat pilihan yang sama.


M Khairil Syazwan,

Rakyat Terengganu.


Kredit foto : Hishamuddin Abdullah


*link ucapan di komen pertama


https://www.facebook.com/DrAhmadSamsuri/videos/281263735764548/

No comments

Powered by Blogger.