Saya sekadar berfesyen- Sapi Ilias Pondan

Garret Dawum dan Nurul Hidayah Bahaudin
cnews@nstp.com.my


KEHADIRAN usahawan kosmetik Safiey Ilias ke majlis pelancaran produk kecantikan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, kelmarin dengan berpakaian seperti wanita hanyalah mengikut kehendak fesyen.

Safiey atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Ilias, 24, berkata dunia fesyen itu sangat subjektif, malah dia mendakwa berpakaian sopan pada malam itu.

“Siapa yang biasa dengan industri fesyen akan lebih faham. Saya juga dapat membantu industri fesyen tempatan untuk terus berkembang, selain memberi peluang kepada lebih ramai pereka berkarya dengan kreatif setanding pereka antarabangsa.

“Malah, saya bakal bekerjasama dengan beberapa pereka (fesyen) tanah air, sekali gus menyumbang kepada (bayaran) zakat dan cukai serta membantu ekonomi negara,” katanya kepada NSTP menerusi perbualan mesej di Instagram, hari ini.

Menurut Safiey, jihadnya adalah memberi inspirasi kepada wanita dan sesiapa sahaja terutama ibu tunggal serta belia untuk menjana pendapatan mereka.

“Bagi saya, setiap manusia ada proses kehidupan sendiri. Ini dugaan saya dan akan terus berdoa semoga hidayah itu dipermudahkan.

“Tidak sesekali saya menyuruh mereka menjadi seperti saya. Kita lihat daripada aspek yang lebih mendalam iaitu kejayaan saya di usia muda dengan menyelami aspek positif. Contohi mana yang baik dan yang buruk itu dijadikan sebagai pedoman,” katanya.

Safiey berkata demikian bagi mengulas status dan gambar membabitkan dirinya yang dimuat naik pendakwah, PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim di Facebook berkenaan kehadirannya ke majlis pelancaran produk itu.

Menerusi status itu, PU Amin dipetik berkata, golongan terbabit didakwa terus mencabar kesucian agama Islam sehingga dia tidak mampu untuk berkata-kata.

“Hanya doa dan harapan agar Allah SWT memberi petunjuk yang segera kepada kita semua. Azab Allah tidak selektif, andai azab diturunkan, kita semua bakal menjadi mangsa bala malapetaka ini.

“Inilah generasi anak keturunan yang kita hasilkan. Cegah sebelum parah, dakwah sebelum rebah, pada Allah saya berserah,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada orang yang memintanya menegur golongan itu.

Dalam pada itu, Safiey berkata, dia turut mengadakan seminar untuk stokis produk miliknya kerana ingin membantu mengubah taraf kehidupan mereka.

“Saya terpanggil meneruskan misi dan wawasan saranan kerajaan (#youthpower) untuk membantu golongan belia lebih maju,” katanya.

No comments

Powered by Blogger.