Khairy ‘berok berani’ cabar kita kerana dia menantu PM - Mat Sabu


KUALA LUMPUR, 11 Nov: ‘Khairy berani cabar kita, sebab dia menantu beruk yang duduk di celah ketiak Pak Lah,” kata Naib Presiden PAS Haji Mohamad Sabu yang membidas cacian Naib Pemuda Umno terhadap rakyat yang menyertai himpunan rakyat semalam.“Kalau bukan menantu Perdana Menteri, letak muka dia di Chow Kit pun tak laku,” ucapnya dengan disambut sorakan dan ketawa 2,000 hadirin yang mendengar ceramah di Taman Melewar malam tadi.

Mohamad Sabu menyelar tindakan Khairy yang tanpa segan silu walaupun tidak ada sebarang jawatan dalam kerajaan mengarahkan pihak polis menghalang himpunan 100,000 rakyat semalam yang kononnya bakal mencetuskan suasana kecoh.

Katanya terbukti dakwaan Khairy meleset dan rakyat telah menunaikan janji apabila melakukan himpunan secara aman, berdisplin dan tidak merosakkan harta benda awam.
“TV Singapura melaporkan bahawa himpunan rakyat tadi adalah yang terbesar ddalam sejarah negara oleh pihak pembangkang dan NGO. Image

“Malah wartawan dalam dan luar negeri turut memuji kerana himpunan ini telah dianjurkan secara aman,” katanya di sambut dengan laungan ‘Takbir’ oleh orang ramai.
Katanya himpunan rakyat ini merupakan rentetan daripada punca Pilihan Raya 2004 yang buruk dalam sejarah Malaysia yang antaranya perpindahan pengundi dan persempadanan semula yang tidak adil yang berlaku di Selangor, Trengganu dan Kedah.

“Kalau tidak ada perubahan, kita akan turun ke jalan raya 300,000 hingga 400,000 orang.
Turut menyampaikan ceramah utama ialah Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Penasihat KeADILan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir sama Ajk Bersih Anuar Tahir, Setiausaha Agung KeADILan Tan Sri Khalid Ibrahim,Ronnie Liu (DAP) dan beberapa pimpinan politik yang lain.

No comments

Powered by Blogger.