Siapa yang bermenantukan BERUK

Heboh panggilan beruk terhadap mereka yang akan berhimpun di jalan raya pada 10hb Nov 2007. Apabila dipersoalkan mengenai tindakan beliau sewaktu membantah kehadiran Condoleezza Rice’s di Malaysia, beliau menjawab mereka ada permit. Dengan itu membezakan antara beruk atau tidak beruk adalah permit polis dan bukan perkara – perkara lain. Namun sesuatu yang pasti ialah apabila sesuatu demonstrasi mahu dilakukan maka beberapa perkara seperti halangan jalan raya, tempat awam dan sebagainya perlu dikaji sebelum meluluskan permit.

Oleh itu permit polis mungkin di peroleh oleh Khairy Jamaluddin selaku Pemuda UMNO untuk berhimpun dan berarak di KLCC menuju ke kedutaan Amerika dan polis dapati perhimpunan itu tidak akan menghalang jalan raya atau mengganggu lalu lintas. Sebenarnya mungkin kenyataan Khairy bahawa dia ada “protection” seperti yang tertera pada kenyataan beliau dalam Akhbar The Star 03 November 2007 adalah alasan yang lebih konkrit untuk polis mengeluarkan permit.Apa pun alasan sebenarnya adalah sekiranya mahu membuat sebarang demonstrasi dan membolehkan untuk permit dikeluarkan adalah seperti berikut:

1. Demonstrasi itu MESTILAH tidak membantah sebarang dasar atau tindakan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia.

2. Demonstrasi itu MESTILAH membantah perkara-perkara lain atau dasar negara lain.

3. Permit akan dikeluarkan biarpun melintasi jalan sesak dan mengganggu jalan raya sekiranya ia dipohon oleh Pemuda UMNO dan khususnya Khairy Jamaluddin.

4. Permit tidak akan dikeluarkan sekiranya ia dianjurkan oleh pembangkang atau NGO yang menyokong pembangkang.

5. Beruk tidak boleh memohon permit kecuali menyokong kerajaan dan sekiranya beruk menyokong kerajaan maka statusnya bukan lagi beruk tetapi jadi Pemuda UMNO.Mungkin inilah yang dikatakan demokrasi.

Mungkin inilah membuat kita tertanya-tanya siapa itu beruk dan siapa bukan. Mungkin yang dapat pisang itu beruk atau mungkin yang takut itu beruk? Entah satu persoalan yang agak sukar di Malaysia, menentukan siapa berok dan siapa yang mungkin bermenantukan beruk. Payah benar negara kita ini.



kiriman bekas Pemuda UMNO

No comments

Powered by Blogger.