Johan Jaffar pengerusi baru Media Prima

Pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Johan Jaffar dilantik sebagai pengerusi eksekutif baru Kumpulan Media Prima berkuatkuasa Khamis ini.

johan jaafar johan jaaffarPengumuman pelantikan beliau dibuat dalam kenyataan Media Prima kepada Bursa Malaysia hari ini.

Johan akan menggantikan Datuk Abdul Mutalib Razak yang bersara hari ini.

Media Prima memiliki New Straits Times Press Berhad (NSTP) yang menerbitkan akhbar New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro.

Ia juga memiliki semua stesen TV swasta di Malaysia - TV3, 8TV, TV9 dan NTV7 - serta dua stesen radio - Hot FM dan Fly FM.

Kumpulan itu juga memilik syarikat iklan Big Tree dan UPD.

Johan juga merupakan ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu. Beliau aktif menulis sebagai kolumnis dalam akhbar News Straits Times dan juga Berita Minggu.

Jawatan beliau lain termasuklah, anggota lembaga pengarah Majlis Pembangunan Multimedia, dan lembaga pengarah Bernama.

Johan mendapat perhatian umum ekoran kepetahannya mempengerusikan program mingguan di RTM - Bicara Semasa - yang turut memberi peluang kepada pemimpin pembangkang turut muncul di kaca TV.

No comments

Powered by Blogger.