Nik Abduh Masih Belum Menamakan Penghasut Kepada Tok Guru


Saya membaca artikel terbaru Nik Abduh bertajuk "kerja-kerja bodoh dalam PAS (2)". Dan saya mendapati lagi sekali Nik Abduh tidak memberitahu semua kita siapa yang beliau maksudkan sebagai penghasut kepada ayahandanya.

Adakah ini tindakan liar Nik Abduh yang membuat tuduhan tidak berasas untuk kepentingan politik pribadi beliau? Ataupun ianya hanyalah satu "political theatrics" (sandiwara politik) dengan tujuan menghalang beberapa pihak tertentu dari menjawat jawatan yang tinggi dalam PAS?

Saya tak faham perangai Nik Abduh. Orang lain kalau bapa mereka jahat pun, mereka tak dedah kelemahan bapa mereka. Nik Abduh dengan terang dan jelas mengatakan ayahandanya seperti orang dunggu mudah diperkotak-katikan oleh sekumpulan kecil penasihat-penasihat ayahandanya.

Sudahlah Nik Abduh ni baru setahun jagung dalam politik, dan dia seperti hendak mengajar ayahandanya bagaimana hendak berpolitik. Sedangkan ayahandanya ini jagoaan dalam politik.

Di dalam menulis balasan kepada artikel2 Nik Abduh ini, saya telah membuat satu penemuan berkaitan dengan ayahanda Nik Abduh. Saya dengan yakin dan percaya bahawa TOk Guru Nik Aziz adalah seorang pemimpin Islam dari rantau Melayu yang menghampiri taraf Saidini Umar Abdul Aziz. Saya mcm tak percaya bila saya menulis ini tapi saya keras berpegang dengan konklusi saya ini.

Sepatutnya Nik Abduh kena menadah kitab dengan ayahandanya dalam ilmu politik. Apa dia ingat dia kenal UMNO mcm ayahandanya kenal?

Jauh panggang dari api. Malahan ayahandanya lebih tahu kesan negatif di sebalik idea Kerajaan Perpaduan ini kepada PAS dan Islam di Malaysia.

Saya sendiri telah menggunakan pengetahuan saya dalam ekonomi dan mendapati tidak ada rationalnya cadangan ini sekiranya ianya bertujuan untuk menghalang kemelesetan ekonomi.

Hanya PAS yang mencadangkan idea ini sedangkan pakar2 ekonomi seluruh Malaysia tidak pun pernah menyatakan cadangan ini.

Jadi, cadangan ini tidak ada asas rational dan tidak hairanlah ianya ditolak oleh AJK PAS Pusat.

Berhentilah mengarut wahai Nik Abduh. Lebih baik awak pergi mengaji ilmu politik dari ayahanda awak tu. Ramai orang kat luar ni menjadikan idea politik ayahanda awak sebagai "reference".

Berhentilah...


http://www.malaysiawaves.com/2009/04/nik-abduh-masih-belum-menamakan.html

No comments

Powered by Blogger.