Peraduan cipta lagu wawasan Najib

Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan mengadakan peraduan mencipta lagu '1Malaysia', wawasan baru yang sedang dipromosikan oleh perdana menteri.

rais yatimMenterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata pertandingan lagu wawasan Datuk Seri Najib Razak itu sebagai simbol perjuangan rakyat pelbagai kaum di negara ini, lapor Bernama.

"Insya Allah, peraduan itu saya kira akan mendapat sambutan dan pemilihan lagu itu akan dapat kita putuskan mana yang terbaik," katanya selepas majlis makan malam dan pertandingan karaoke anjuran Kelab Rekreasi Warga Tua Kuala Klawang malam tadi.

Rais, juga ahli parlimen Jelebu, berkata lagu ini bukan sesuatu
yang wajib tetapi ia akan memberi satu perwakilan sentimen
pelbagai kaum di negara ini.

1 malaysia one malaysiaTambahnya, lagu 1Malaysia dalam Bahasa Malaysia akan disebarluaskan di semua stesen televisyen dan radio.

Sementara itu, katanya pelbagai kegiatan menerusi pelbagai kaum di
negara ini perlu digalakkan supaya setiap kegiatan itu mencerminkan penglibatan masyarakat masing-masing mengikut kebudayaan dan sosial mereka.

Rais berkata kementerian mengambil berat peranan NGO dan akan memberi galakkan kepada mereka supaya menonjolkan amalan budaya dan kemasyarakatan yang mencerminkan perpaduan rakyat negara ini.

"Program sosial dan kebudayaan harus digalakkan mulai dari sekarang dan kementerian akan cuba bekerjasama agar masyarakat sekitar mengambil peranan masing-masing.

"Oleh itu, penganjur hendaklah menekankan kepentingan setiap
komuniti itu diambil kira ketika mengadakan sesuatu program itu," katanya.

No comments

Powered by Blogger.