Murahnya Pangkat Datuk!

MIC Mahu Rajagobal Diberi Anugerah

KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk G. Palanivel mencadangkan supaya K. Rajagobal yang melatih skuad bola sepak negara sehingga berjaya menjulang Piala AFF Suzuki 2010 malam tadi diberi anugerah di atas kejayaannya itu.

Beliau berkata anugerah Datuk adalah setimpal untuk Rajagobal yang turut membawa skuad bawah 23 tahun negara mencipta kejayaan memenangi pingat emas di Sukan Sea di Laos Disember lalu.

Sebelum ini Malaysia menunggu bertahun-tahun untuk mencipta kejayaan pada peringkat Asean, kata Palanivel.

"Orang ini menghadapi segala kesukaran dan dia tetap fokus, dedikasi dan komited dalam melatih skuad bola sepak negara.

"Rajagobal membina pasukan yang berjaya yang terdiri daripada pemain yang mempunyai pelbagai kemahiran," katanya. -BERNAMA

1 comment

madbi said...

datuk pundek boleh? kalau setakat melatih dan duduk tengok orang main atuk aku pon boleh.... dia cuma melatih, pemain yang letih, rakyat yang parah menanggung kos demi memenuhi nafsu pemimpin gila nak menang semua sukan sampai sanggup menghabiskan puluhan malah ratusan juta rm...... kalau nak jugak datuk, kawinkan anak dan suruh beranak, dapatla datuk!!!! aney cakap pakai lutut.

Powered by Blogger.