Kenapa SPR Tidak Mahu Guna Dakwat Kekal Yang Kosnya Murah?

PRU-13: Bersih 2.0 tidak yakin biometrik kaedah efektif

Oleh Syed Mu’az Syed Putra


SHAH ALAM, 26 Julai — Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (2.0) hari ini secara terbuka menerima apa sahaja sistem yang baik untuk pilihan raya tetapi menegaskan mahu penjelasan lanjut mengenai sistem biometrik yang akan digunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevesan berkata cadangan yang dikemukakan SPR itu boleh diterima sekiranya semua maklumat mengenai sistem itu dijelaskan secara terperinci kepada rakyat.

“Mengenai sistem biometrik, kami terbuka sistem yang bagus tapi SPR perlu jelaskan kepada rakyat dan kami juga bimbang adakah sistem ini akan digunakan pada pilihan raya umum ke-13 kerana saya jangkakan ia tidak boleh dilakukan kerana sistem baru ini memerlukan kajian, percubaan selain ia perlu dijelaskan kepada rakyat.

“Di pusat-pusat mengundi bagaimana sistem ini akan beroperasi? Sebab kalau nak guna sistem biometrik ia memerlukan data daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), data yang berintgriti diperlukan agar rakyat boleh faham,” katanya pada wacana “Apa Selepas 9 Julai” anjuran Kumpulan Media Karangkraf di sini.

Tegas beliau, perkara yang paling dibimbangkan adalah sama ada sistem biometrik boleh menangani isu pengundi hantu, mengundi dua kali dan pengundi yang sudah meninggal dunia.

Kata Ambiga, sistem biometrik masih boleh dimanipulasikan memandangkan tiada jaminan ia boleh menyelesaikan isu-isu berbangkit.

“Pengundi hantu yang kami paling bimbangkan, pengundi mati (yang sudah meninggal dunia) juga ... adakah nama mereka ini dikeluarkan dari data JPN.

“Kita tidak mempunyai data yang boleh rekod sama ada pengundi itu masih hidup atau meninggal dunia, saya bimbang jika sistem biometri ini digunakan,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya mahu dakwat kekal yang merupakan salah satu tuntutan Bersih 2.0 digunakan sehingga sistem biometrik terbukti telus.

“Kenapa tak guna dakwat kekal, ia kaedah paling mudah, murah dan efektif,” katanya.

1 comment

tungkaran hati.blogspot said...

PAS, DAP & PKR tak nak pakai sistem Biometrik ni pasai depa susah nak tipu....TGHA pun rasanya tak nak pakai jugak pasai ianya besi...macam video Anuar tu...!

Powered by Blogger.