Laporan Audit: Kerajaan belum bayar pesawah RM110.67 juta

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan didapati masih belum membayar sebanyak RM110.67 juta kepada kira-kira 73,291 pesawah padi menerusi insentif Peningkatan Hasil Padi (IPH) sejak 2007.

Insentif di bawah kementerian Industri Asas Tani itu bertujuan memberi galakan kepada petani untuk meningkatkan hasil padi semasa dan sara diri mereka.

Menurut laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan hari ini, terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan IPH seperti tiada perjanjian yang mengikat Lembaga Beras Nasional (Bernas) yang dilantik sebagai agensi pelaksana skim.

Manakala peruntukan yang tidak mencukupi mengakibatkan kerajaan masih belum membayar insentif kepada pesawah berkenaan.

Laporan Audit turut mengesyorkan kerajaan memastikan perjanjian penswastaan antara kerajaan dan Bernas dimuktamadkan.

Manakala kementerian berkaitan turut diminta menyemak semula keutamaan program sedia ada bagi menyediakan peruntukan yang mencukupi kepada pesawah terbabit.

No comments

Powered by Blogger.