Mempersembahkan Sebuah NGO Yang Syok Sendiri!

Perkasa Tidak Berhasrat Saingi Umno - Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan kekal sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan tidak berhasrat menyaingi atau mengatasi peranan Umno sebagai tunggak pemerintahan negara ini.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, Perkasa tidak akan menukarkan statusnya kepada parti politik, sebaliknya akan berperanan sebagai benteng pertahanan negara daripada ancaman musuh yang cuba menggugat Perlembagaan Persekutuan, keharmonian agama, perpaduan rakyat, kesejahteraan ekonomi, ketenteraman awam dan keselamatan negara.

"Perkasa ditubuhkan sebagai sebuah pertubuhan yang menunjangi kepentinganorang Melayu dan Bumiputera.

"Justeru, Perkasa tidak boleh dilihat sebagai sebuah pertubuhan rasis, organisasi Melayu ultra atau persatuan perkauman apabila ia hanya bertindak melindungi kepentingan orang Melayu dan Bumiputera semata-mata," katanya kepada pemberita selepas berucap pada perhimpunan agung kedua Perkasa di Setiawangsa, Rabu.

Mengenai pilihan raya umum akan datang, Ibrahim berkata Perkasa sudah bersedia dengan jenteranya bagi membantu memenangkan parti pemerintah.

"Di setiap Dewan Undangan (Negeri) terdapat tidak kurang 500 anggota Perkasa manakala dalam setiap kawasan Parlimen pula, anggota Perkasa mencecah 6,000 orang dan mereka ini mampu menentukan landskap politik negara pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Ibrahim menggesa kerajaan terutama JabatanPerkhidmatan Awam mengkaji semula bantuan pelajaran kepada penuntut yang melanjutkan pengajian di luar negara.

Beliau berkata, ini disebabkan kos menghantar seorang penuntut ke luar negaramencecah RM1.2 juta, sedangkan jumlah itu membolehkan tiga yang lain belajar diInstitusi Pengajian Tinggi dalam negara. "Lebih teruk lagi, jika pelajar terbabit enggan berkhidmat di dalam negara selepas mereka tamat pelajaran, dan ini hanya akan merugikan kerajaan," katanya.

Ibrahim juga meminta kerajaan menambah peruntukan kepada sekolah agama rakyat yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran kerana jumlah dalam Belanjawan 2012 hanya RM100 juta dan ia tidak mencukupi. - BERNAMA

1 comment

Unknown said...

zul tak boleh bawa Perkasa. dia bukan calon terbaik. dia masih mentah dengan sepak terajang him ali. silap haribulan dia merajuk dan letak jawatan. perkasa hanya sementara sahaja, ia akan lenyap ditelan masa.

Powered by Blogger.