Ngeri! Penemuan Tubuh Manusia Dalam Perut Ikan Jerung

 

Sekumpulan 3 orang lelaki keluar pergi menangkap ikan di laut dalam. Hasilnya mereka berjaya menangkap seekor ikan jerung yang besar. Namun apa yang memeranjatkan mereka, jerung tersebut memuntahkan kaki manusia.

Ngeri! Penemuan Tubuh Manusia Dalam Perut Ikan Jerung | Seperti yang kita tahu, jerung merupakan spesis ikan pemangsa yang sangat bahaya. Spesis yang tinggal di lautan dalam ini mampu membunuh mangsa dalam sekelip mata sahaja. Satu kisah di mana Humphrey Simmons, sebuah pekerja bank telah berjaya menangkap seekor ikan jerung yang luar biasa beratnya jika dibandingkan dengan saiz ikan jerung berkenaan. Ikan itu ditangkap ketika beliau dan rakan-rakannya iaitu Keith Fergusan dan Stanley Bernard pergi menangkap ikan di laut pada suatu pagi Sabtu.

Namun telah terjadi sesuatu yang sangat mengerikan apabila ikan jerung itu memuntahkan sebelah kaki manusia! Mereka akhirnya membuat keputusan untuk membelah perut ikan berkenaan bagi tujuan mencari jasad mayat yang mungkin masih berbaki di dalam tubuh ikan jerung tersebut kerana mereka percaya ikan jerung itu sudah membaham manusia. Mangsa ikan berkenaan sehingga sekarang tidak diketahui.

No comments

Powered by Blogger.