Dun Kelantan catat sejarah tanpa soalan pembangkang

Dun Kelantan catat sejarah tanpa soalan

Oleh : Zahrawani Ayu

Exco Kelantan Dr.Mohamed Fadzli Hassan
KOTA BHARU, 19.Sept - Buat pertama kali dalam sejarah Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan akan menyaksikan ketiadaan soalan bertulis maupun lisan dari pihak pembangkang(BN).

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Dr.Mohamed Fadzli Hassan, sidang Dun pada 15 hingga 17.Oktober depan hanya bertumpukan kepada soalan dari wakil rakyat kerajaan sahaja.

” Dalam sejarah pentadbiran kerajaan Kelantan yang kini memasuki tahun ke 22, pihak Dun Kelantan buat pertama kalinya tidak menerima soalan lisan dan bertulis dari pihak pembangkang dan ini agaknya mereka amat berpuas hati dengan pentadiran kerajaan, sebab itu tak ada soalan kali ini”ujar beliau.

Mohamed Fadzli berkata demikian di sidang media selepas mesyuarat exco pagi ini.

Fadzli juga berkata mungkin pihak pembangkang telah berkurangan hujah untuk dibahaskan pada sidang dun itu nanti.

No comments

Powered by Blogger.