Pandangan Ustaz Syed Andul Kadir Al Joofre Berkaitan Ustaz Mad, MB Baru Kelantan

Syed Abdul Kadir Aljoofre

Ramai yang bertanya saya berkenaan menteri-menteri besar yang baru, khususnya Menteri Besar Kelantan. Sejujurnya saya tidak kenal ramai menteri. Tetapi ada satu kisah berlaku dua tahun lepas menarik perhatian saya.

Saya terserempak dengan YAB Dato Ustaz Ahmad Yacob (ketika itu Timbalan Menteri Besar Kelantan) di Gombak. Saya dimaklumkan kemudiannya malam sebelumnya beliau ada menonton rancangan ulangan Tanyalah Ustaz di TV9. Saya panelnya.

Pagi tersebut apabila terserempak dengan beliau, saya salam tangan beliau, dan menundukkan kepala untuk mencium tangan beliau. Bersungguh-sungguh beliau menarik tangan beliau, tidak membenarkan.

Beliau kata "Allah, ore alim ni, ore alim ni.. Ambo nak ngaji denge ore alim ni.. Ambo nak ngaji.."

Saya insan kerdil dan masih mentah berbanding beliau yang telah lama mendidik ummah. Saya bukan nak mengangkat atau membandingkan sesiapa, tetapi tawadhuk beliau yang tampak jujur dari hati yang tulus, memang menawan hati.

Orang yang tawadhuk, Allah angkat. Moga Allah membantu beliau dengan teman-teman yang soleh dan perancangan yang baik untuk kebaikan agama dan rakyat.

1 comment

Putra IJ80 said...

alhamdullilah kalau begitu...

Kami org lue x kenal beliau ...

Kerana selama ini di lindungi bayangan TGNA...

Semoga beliau dpt meneruskan perjuangan sama dgn apa yg TGNA lakukan.

Dan secara jujur kami masih mengharap D'Husam Musa di beri tempat sewajar nya dlm saf kerajan Kelantan.

Wallau'alam.

Powered by Blogger.