Tok Pa Salahkan Pengundi Luar Kelantan Menyebabkan Umno Kalah


Pengundi luar dan taksub punca BN masih gagal tawan Kelantan - Mustapa

KUALA LUMPUR: Pengundi luar dan taksub kepada fatwa yang tidak masuk akal antara faktor Barisan Nasional (BN) masih gagal dalam usaha menawan semula Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), Ahad lalu.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata bagaimanapun BN Kelantan akan melakukan bedah siasat mengenai prestasinya pada pilihan raya itu, bagi memastikan gabungan tersebut kekal relevan di Kelantan.
Isu agama yang dibawa pihak lawan masih memberi impak yang hebat kepada pengundi dan mereka taksub dengan fatwa yang jelas tidak masuk akal.


Selain itu, ramai anak Kelantan yang merantau balik mengundi dan menyokong mereka, katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat khas Perdana Menteri bersama Ahli Parlimen BN, di sini hari ini.

Mustapa yang berjaya mempertahankan kawasan Parlimen Jeli dengan majoriti meningkat selain merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Lanas daripada PAS, turut berterima kasih kepada rakyat di Kelantan yang mengundi BN kali ini.

PAS yang meneraju Kelantan sejak 1990 hilang lima kerusi DUN kepada BN pada pilihan raya umum kali ini.

Mereka hanya menguasai 32 daripada 45 kerusi DUN yang dipertandingkan berbanding 38 pada 2008. (Pada 2010, PAS hilang kerusi DUN Galas kepada BN menerusi pilihan raya kecil).
BN pula menang 12 kerusi berbanding hanya enam pada 2008. Satu lagi kerusi dimenangi PKR. - BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.