Perkara Tersirat Di Sebalik Perlantikan TS Khalid Sebagai MB

PERKARA TERSIRAT DI SEBALIK PERLANTIKAN TAN SRI KHALID SEBAGAI MB.

Al-hamdulillah, selesai sudah perlantikan MB dan sekarang akhbar cuba membuat telahan tentang bakal-bakal exco Selangor. Itu memang dah kerja wartawan. Saya no komen.

Apa yang saya mahu coretkan di sini ialah perlantikan MB daripada PKR bukan PAS sedangkan kerusi PAS lebih banyak daripada PKR. Perlantikan ini adalah hasil ketegasan Tuan Guru Presiden. Saya melihat perlantikan semula Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) disebabkan rekod pentadbiran dan cara pengurusan beliau berkaitan pengurusan kepentingan awam di Selangor adalah memuaskan. TSKI juga sememangnya di kenali sebagai orang yang ‘very particular’ yang menyebabkan orang-orang yang ‘tamak’ susah nak ‘makan’. Ianya sifat yang baik bagi seorang pengurus harta serta kepentingan awam.

Saya bercakap 3 hari lepas dengan orang yang rapat dengan TSKI perihal permohonan penukaran bas lama kepada bas baru untuk orang ramai. Sebelum TSKI meluluskannya, beliau bertanya detail berkenaan berapa kalikah bas tersebut rosak dalam tempoh sebulan, berapakah kos membaikpulih dan lain-lain. Selepas beliau berpuas hati, barulah beliau meluluskannnya. Sifat berhalus ini boleh menjadi penyelamat kepada kewangan dan khazanah Selangor. Oleh itu, Selangor boleh menyimpan reserve yang banyak.

Saya melihat, mungkin atas faktor itulah Tuan Guru Presiden melihat TSKI adalah orang yang layak untuk terus menerajui Selangor. Sekalipun beberapa pimpinan utama PKR dilihat agak tidak bersetuju, tetapi mereka terpaksa akur kepada keputusan PAS, kerana PAS adalah lebih majority daripada PKR. Ada yang berkata, PAS mendapat majoriti ini adalah antara gara-gara DUN Kota Damansara.

Perkara tersirat yang tenggelam daripada ulasan orang ramai ialah, jiwa besar Tuan Guru Presiden memperlihatkan keterbukaan beliau melantik TSKI sekalipun beliau daripada PKR. Jika dibandingkan dengan isu pertindanan kerusi, ada yang mengambil peluang untuk menjatuhkan kredibility dengan menuduh Tuan Guru Presiden sebagai tamakkan kerusi dan pelbagai tohmahan jahat. Walhal tindakan itu adalah untuk menjaga prinsip dan hak parti serta masa depan kemenagan bagi mengelakkan peristiwa lompat parti daripada berulang.

Tetapi perlantikan Tan Sri Khalid ini jelas membuktikan bahawa tindakan presiden itu bukan mempunyai agenda mengenepikan parti yang lain atau tamakkan kerusi, tetapi demi kepentingan orang ramai dan sekaligus membuktikan pengfitnah-pengfitnah terhadap presiden adalah tidak berasas dan berniat jahat.

Ustaz Zaharudin Muhammad.

No comments

Powered by Blogger.