Surat terbuka Ybhg Ustaz Ahmad Jailani Abdul Ghani, lawyer yang juga panel JK pindaan RUU 355 kepada menteri-menteri yang menentang RUU355

*Surat terbuka Ybhg Ustaz Ahmad Jailani Abdul Ghani, lawyer yang juga panel JK pindaan RUU 355 kepada menteri-menteri yang menentang RUU355*

*KEHADAPAN DATUK MENTERI.*

Saya ingin menyatakan seperti berikut :-

1. Datuk Seri Liow Tiong Lai & Datuk Seri Mah Siew Keong pernah atau tidak melawat Amerika Syarikat & Kanada? Boleh teliti sistem perundangan di sana. Kanada umpamanya, mengamalkan sistem perundangan Inggeris dan Perancis. Seluruh Kanada mengamalkan English Common Law melainkan Quebec mengamalkan Civil Law selepas 1759 Battle of Quebec. Amerika Syarikat pula memiliki dual court systems (federal & states). Malah antara setiap negeri di Amerika Syarikat terdapat undang-undang yg berbeza di antara satu sama lain.

2. Tan Sri Adenan Satem perlu tahu bahawa melalui RUU 355 jika berjaya sekalipun, hudud yang boleh dijalankan hanyalah kesalahan zina (100x rotan), tuduh zina (80x rotan) dan minum arak (40-80x rotan). Apa masalahnya Tan Sri? Tiada seoang pun manusia dalam dunia ini sama ada muslim atau non muslim yang mengatakan 3 kesalahan tersebut sebagai perkara baik. Semuanya setuju bahawa 3 kesalahan itu memang buruk. Rotan mengikut undang-undang Islam mudah & ringan. Tidak mencederakan dan tidak dibuka aurat. Ini jauh lebih bertamadun berbanding dengan hukuman rotan jabatan penjara sekarang. Boleh saya tahu, apa masalah Tan Sri?

3. Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Janganlah Tan Sri samakan agama Kristian dengan agama Islam. Dalam Bible (Mark 12:17) "And Jesus said unto them, Render unto Caesar the things that are Caesar's, and unto God the things that are God's. And they marveled greatly at him". Ini hanya sesuai untuk agama Kristian. Tetapi dalam ajaran Islam, kami orang Islam tunduk kepada perintah ALLAH & Rasul dalam segenap kehidupan, sewaktu makan, dalam tandas, bilik tidur, di stadium, mahkamah, politik dan segenap aspek kehidupan. Harap Tan Sri tidak samakan Kristian & Islam.

4. Encik S. K. Devamany, boleh tuan tunjukkan saya apa masalah dengan two contradictory legal systems? Saya ingin cadangkan tuan agar ketika melancong di luar negara cuba ambil kesempatan mengkaji sistem perundangan negara maju termasuk Amerika Syarikat, Kanada dan lain-lain. Kenapa negara maju boleh lakukan, tetapi negara kita tidak boleh? Malah negara kita sudah ada dual banking system yang juga boleh disebut "contradictory". Tetapi pengalaman peribadi saya ramai client saya yg non Muslim lebih suka menggunakan Islamic banking / finance.

5. Kesimpulan saya, jika boleh memberi peluang sebaiknya kepada undang-undang Islam di Malaysia tanpa sebarang usaha sabotaj, saya yakin ramai akan memilih undang-undang Islam dan mereka akan bertanya, "kenapa kita tidak melaksanakannya lebih awal?".

*Ahmad Jailani Abdul Ghani*
_AJK Teknikal Kanun Jenayah Syariah Peringkat Persekutuan_
_24 November 2016._

No comments

Powered by Blogger.