Siti Aafiyah nama anak Siti


Haryati Karim

KUALA LUMPUR – Selepas tujuh hari melahirkan puteri­nya, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa me­ngumumkan Siti Aafiyah sebagai nama anak mereka yang bermakna se­gala kebaikan.

Pengumuman itu dibuat pada majlis tahnik dan akikah yang berlangsung di kediaman pe­nyanyi itu di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang, Selangor malam tadi.

Majlis yang disempurnakan oleh Mufti Wilayah Perseku­tuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri itu turut dapat ditonton secara langsung oleh peminat menerusi akaun Siti Official Video di YouTube dan aplikasi Selklik.

“Syukur Allah telah per­kenankan doa saya selama 11 tahun yang dipohon pada setiap detik waktu mustajab untuk menjadi seorang ibu.

“Alhamdulillah Allah beri saya pengalaman itu. Walaupun ada komplikasi tetapi Allah mudahkan segalanya. Ini anugerah terindah dalam hidup,” kata Siti.

Terdahulu Siti, 39, memang­gil anaknya de­ngan nama Fatimah Az-Zahra sebagai nama sementara sebelum mengumumkan nama sebenarnya pada hari ketujuh kelahirannya.

No comments

Powered by Blogger.