TMJ Umum Letak Jawatan Presiden FAM

TMJ Umum Letak Jawatan Presiden FAM

Diterbitkan: Khamis, 15 Mac 2018 9:57 PM

Oleh: NADIA SHAIFUL BAHARI
nadia.bahari@thestar.com.my

Tunku Ismail mengumumkan ingin meletak jawatan sebagai Presiden FAM melalui kenyataan di Facebook pada Khamis malam. - Bernama

  (Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan meletak jawatan sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Pengumuman mengejutkan itu dibuat di laman Facebook Johor Southern Tigers pada Khamis malam.

Berdasarkan postingnya yang bertajuk ‘Sejarah Tercipta, Sudah Tiba Masanya’ itu, peletakan jawatannya dibuat susulan kedudukan skuad kebangsaan yang jatuh tiga anak tangga dan beliau menganggapnya sebagai satu kegagalan besar.

"Baru-baru ini ranking pasukan kebangsaan telah jatuh tiga anak tangga dan ini merupakan satu kegagalan yang amat besar!

"Oleh itu, saya rasa Presiden FAM harus letak jawatan. Terima kasih untuk segala galanya dan ia telah menjadi satu penghormatan untuk berkhidmat kepada bola sepak Malaysia. Selamat maju jaya," tulisnya pada posting tersebut.

No comments

Powered by Blogger.