Syamsul Debat yang juga pakar motivasi disiasat atas dakwaan ganggu isteri orang

Syamsul Debat yang juga pakar motivasi disiasat atas dakwaan ganggu isteri orang

Zulkifli Manzor

26 Mac 2018 2:57 AM

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan semalam mengesahkan penceramah bebas popular negeri ini, Syamsul Amri Ismail atau lebih popular dipanggil Syamsul Debat disiasat atas dakwaan mempunyai skandal dan mengganggu isteri orang.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, siasatan itu dilakukan selepas polis menerima laporan berkaitan Syamsul Debat, 41, yang dibuat oleh pe­ngadu di sebuah balai polis di Johor baru-baru ini.

“Siasatan ke atas penceramah bebas itu dilakukan di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan kerana memikat wanita yang sudah berkahwin dengan niat jenayah,” kata beliau ketika dihubungi semalam.

Seksyen 498 memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau ke­dua-duanya sekali.

Berikutan itu, Noor Azam berkata, polis akan memanggil semua pihak yang terlibat bagi memberi kete­rangan termasuk Syamsul Debat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan itu.

No comments

Powered by Blogger.