El Pescao kejutkan juara dunia di hari pertama Czech GP


Naim JayaNaim Jaya

Setelah menghadapi rehat pertengahan musim selama beberapa minggu sebelum ini, perlumbaan MotoGP bakal meneruskan saingannya pada hujung minggu nanti di Automotodrom Brno, Republik Czech.

Pada pusingan ‘Free Practice’ yang berlangsung hari ini, pelumba tunggal kelas premier MotoGP negara, Hafizh Syahrin berjaya mencatatkan masa ke empat terpantas dalam sesi kedua yang berlangsung dengan penuh sengit bagi merebut kedudukan sepuluh pelumba terbaik.

Dalam sesi yang penuh mendebarkan itu, Hafizh kembali membaiki kedudukan dengan melakukan catatan 1m56,144s yang juga merupakan masa terpantas beliau di sesi kedua selepas hanya kecewa di kedudukan ke 11 pada sesi pertama yang berlangsung sebelum itu.

–– ADVERTISEMENT ––

Dalam sesi kedua itu, pelumba kelahiran Malaysia yang juga sedang mendahului carta Rookie of The Year pada musim kali ini ternyata terlalu pantas buat rakan sepasukan beliau di Monster Yamaha Tech 3, Johann Zarco yang sekadar menduduki kedudukan ke sembilan dengan catatan 1m56.535s.

Catatan masa yang dilakukan oleh Hafizh ataupun lebih dikenali dengan gelaran El Pescao di sesi ‘Free Practice’ kedua itu juga berjaya menewaskan catatan masa dua lagi juara dunia MotoGP sebelum ini iaitu Marc Marquez dan Valentino Rossi.

Kejayaan menempatkan diri dalam kalangan sepuluh pelumba terbaik pada sesi Free Practice hari ini juga bakal menyaksikan Hafizh akan bertarung di pusingan Q2 bersama 12 lagi pelumba pada esok yang turut terdiri daripada dua pelumba yang bakal mencatatkan keputusan terpantas pada sesi kelayakan Q1.

Perlumbaan pusingan ke sembilan pada musim ini di Republik Czech itu dijadualkan berlangsung pada hari Ahad jam 3.40 petang waktu Malaysia.

Manakala sesi kelayakan Q1 dan Q2 bagi menentukan petak perlumbaan pula akan berlangsung pada Sabtu malam.

No comments

Powered by Blogger.