Nooh Gadut
Beginilah keadaan kereta jenis Mercedes Benz milik Nooh Gadut yang terhumban di dalam sebuah longkang besar

KUALA LUMPUR – Penasihat Majlis Aslam Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadot cedera selepas kenderaan yang dipandunya terbabas lalu masuk ke dalam longkang berhampiran kediamannya di Jalan Nong Chik, Johor Bahru hari ini.

Akibat kemalangan tersebut, bekas mufti Johor itu mengalami kecederaan di kepala dan bahagian dada.

Berita mengenai kemalangan itu dimaklumkan oleh seorang pengguna laman sosial Nazirul Al-Juhury di Facebook.

Nooh kini dilapor sedang mendapatkan rawatan di Hospital KPJ Pakar Puteri Johor Bahru dan telah menerima sembilan jahitan di bawah dagu.

Menerusi gambar yang dimuat naik di laman sosial kenderaan jenis Mercedes Benz yang dipandu Nooh terbabas ke dalam longkang.

Kejadian dilapor berlaku pada pukul 1.37 petang tadi. – MalaysiaGazette