Gempa bumi skala 7 melanda Lombok Utara
JAKARTA: Gempa bumi kuat berukuran 7 skala ritcher melanda Lombok Utara, Indonesia sekitar jam 6:46 petang waktu tempatan.
Gempa itu, yang melanda kedalaman 15 kilometer dari pantai utara Lombok, datang seminggu selepas gempa bermagnitud 6.4 membunuh 14 orang di pulau itu.Setakat ini, tiada laporan kematian mangsa.
Amaran tsunami awal juga telah dikeluarkan Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia agar orang ramai berada dalam keadaan berwaspada.
Lapor Kompas, gempa susulan masih berlaku dan penduduk setempat dan pelancong mula mengosongkan tempat tinggal dan hotel masing-masing.
Gempa itu, yang melanda kedalaman 15 kilometer dari pantai utara Lombok, datang seminggu selepas gempa bermagnitud 6.4 membunuh 14 orang di pulau itu.
Amaran tsunami awal juga telah dikeluarkan Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia agar orang ramai berada dalam keadaan berwaspada.
Lapor Kompas, gempa susulan masih berlaku dan penduduk setempat dan pelancong mula mengosongkan tempat tinggal dan hotel masing-masing.
No comments
Post a Comment