Jumpa bom: Dua buah sekolah di Kudat ditutup hari ini



KOTA KINABALU 14 Jan. - Dua buah sekolah rendah di Kudat ditutup sementara hari ini melibatkan 42 guru dan 393 murid apabila berlaku kebakaran serta penemuan bom lama di kawasan sekolah berkenaan.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Mistirine Radin berkata daripada jumlah itu, seramai 29 guru dan 283 murid melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Karakit di Pulau Banggi apabila rumah guru serta bangunan pentadbiran sekolah itu terbakar, semalam.


No comments

Powered by Blogger.