Kes ustazah hilang: Hanya berbekal roti, air dan al-Quran
Kes ustazah hilang: Hanya berbekal roti, air dan al-Quran
Abd Razak Mohd Ali, Astro Awani | Januari 18, 2019 06:29 MYT
Nurfarhana dipercayai hanya berbekalkan wang yang berada di dalam poketnya, di samping senaskhah al-Quran di dalam beg yang dibawa sepanjang perjalanannya dari Balik Pulau ke Kuala Kangsar. - Gambar fail
KUALA KANGSAR: Seorang ustazah yang dilaporkan hilang di Balik Pulau, Pulau Pinang, sejak Isnin lalu, dikatakan hanya makan roti dan minum air mineral sebelum muncul di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar, Perak, pada Khamis.
Sepanjang hampir empat hari itu, Nurfarhana Ibrahim, 27 tahun, juga dipercayai tidur di beberapa surau dan banyak menghabiskan masa berjalan kaki.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Razali Ibrahim berkata, guru agama itu muncul di IPD Kuala Kangsar kira-kira pukul 3.15 petang Khamis.
Berdasarkan soal siasat, wanita itu dikatakan hanya 'sedar' ketika berada di Padang Rengas.
"Setakat ini, kita tidak boleh cakap dengan jelas apa yang berlaku pada dia. Cuma yang pasti, dia kata, bila dia sedar, dia berada di Padang Rengas.
"Dari Padang Rengas, dia naik bas ke Kuala Kangsar, turun di depan hospital. Dari hospital dia berjalan kaki menuju ke IPD Kuala Kangsar," kata Razali
No comments
Post a Comment